Menu Utama

Nik Abduh tewas pemilihan Pas Kawasan Pengkalan Chepa

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang buat pertama kali bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sesi 2017/2019 tewas kepada penyandang, iaitu Dr. Izani Husin dalam pemilihan di sini petang ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu sekadar mendapat 37 undi manakala Izani memperoleh 209 undi.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar terus diberi kepercayaan menjadi Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi akan datang setelah menang tanpa bertanding.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan, Nik Baharom Nik Abdullah, semua barisan kepimpinan sedia ada bagi setiap sayap kekal dengan jawatan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Katanya, Wan Ubaidah Omar terus diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Muslimat Pas Kawasan manakala jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan juga terus menjadi milik penyandang, Mohd. Ariff Abdullah.

“Tidak menjadi isu sama ada Nik Mohamad Abduh tewas atau tidak.

“Sebenarnya perwakilan yang mengundi kali ini memang sebulat suara mahu mengekalkan saf kepimpinan sedia ada bagi memudahkan kita berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mesyuarat Agung Pas Kawasan tersebut dirasmikan oleh Mohd. Amar.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan reaksi Nik Mohamad Abduh gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi. – UTUSAN ONLINE






2 Komen to Nik Abduh tewas pemilihan Pas Kawasan Pengkalan Chepa

  1. Perlis News says:

    […] via Nik Abduh tewas pemilihan Pas Kawasan Pengkalan Chepa — MYKMU.NET […]

  2. Mek esah says:

    Kerana pemilih juak dgn sikap terhegeh2 nik abduh yg ingin menjilat umno !!!

Leave a Reply

Threesome