Menu Utama

Menoleh kebelakang, aku tanya apa khabar kesudahannya?

oleh Kang Nasir

Aku Tanya apa khabar? Aku Tanya apa khabar? Aku Tanya apa khabar kesudahannya?

Hentikanlah dari mengelirukan saudara mukmin wahai ulama politik. Tidak merasa bersalahkah kepada Allah? Sepatutnya agama itu adalah nasihat. Bukanya modal lumayan meninggikan pangkat darjat didunia.

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus RA, Rasulullah SAW bersabda,
” Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Aku Tanya apa khabar kesudahannya?
Selagi NAFSU tuan-tuan tetap cenderung menuruti nafsu selagi itulah sifat munafik sentiasa bertahta dihati tuan. Cubalah dahulukan PERKARA YANG ALLAH REDHA. Kerana dari situlah kita berusaha menjauhi walau sekecil-kecil dosa dan sentiasa berusaha mengharap limpahan rahmat dari-Nya.

Lagipun dengan berusaha pada perkara yang Allah redha itu kita mampu menghindari diri dari bersusah payah mendekati laknat dari Allah semata-mata kerana Redha Manusia. Rasulullah saw berpesan dalam hadis;
قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي
Bermaksud “Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

(Hadis tersebut adalah hadis sahih di dalam Sunan at-Tirmizi. Iaitu ketika Mu’awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu ‘Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadis di atas.)

Aku Tanya apa khabar kesudahannya?
Perlukah kami rakyat marhaen menanti musibah angkara kerakusan nafsu tuan-tuan?

“Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).”
(An Nisa ; ayat 79)

Jom sama-sama kita berusaha, sayangi diri kita sebelum Allah laknat dan menimpakan bala bencana angkara kerakusan nafsu manusia.






Satu Komen to Menoleh kebelakang, aku tanya apa khabar kesudahannya?

  1. Perlis News says:

    […] via Menoleh kebelakang, aku tanya apa khabar kesudahannya? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome