Menu Utama

Masa Bapa Dia Jadi PM Dulu Kenapa Tiada Fokus ‘Istimewa’ Untuk Kedah?

Seperti yang kita maklum, puak pembangkang sememangnya sedang menjaja ‘janji bulan bintang’ di segenap pelodok negara. Pelbagai janji dan andaian disulam dengan beberapa kategori hasutan dan cerita khayalan mereka kepada rakyat.

Terbaru, khabarnya baru-baru ini seorang anak bekas Perdana Menteri telah berjanji sesuatu kepada rakyat di daerah Kulim dalam satu program perasmian Bahagian parti itu. Biasalah. Dia rasmikan Bahagian baru yang diketuai orang kanannya di sana…

Katanya, jika Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat diterajui pembangkang, maka dia berjanji akan menuntut supaya ‘kerajaan baru’ itu memberikan tumpuan ‘istimewa’ kepada negeri Kedah. Tidak pula dinyatakan apa bentuk ‘istimewa’ itu. Mungkin juga litar lumba ‘ala Sepang’ bernilai RM80 bilion barangkali?

Persoalannya, mengapa baru hari ini dia tuntut Kedah supaya diberi perhatian ‘istimewa’? Kenapa ketika bapanya dulu memerintah selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tapi yang ‘dijual’ hanyalah sebuah pulau yang bernama Langkawi?

Bentuk ‘perhatian’ yang dipamerkan selama 22 tahun itu memberi tumpuan khusus kepada Kedah? Apakah anak bekas Perdana Menteri ini baru keluar dari bawah tempurung? Dia tidak tahu apa-apa tentang apa yang bapanya lakukan terhadap Kedah?

Dia bercakap soal pampasan tanah pertanian. Kenapa bapanya sebagai Perdana Menteri dulu tidak mula memberi pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah selepas tanah di negeri itu digazetkan sebagai ‘jelapang padi’ dalam dasar negara?

Kenapa bapanya sebagai anak Kedah tidak memberi fokus kepada negeri asalnya itu? Sekadar mengimbau nostalgia Pekan Rabu, selepas dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri baru dibina semula bangunan Pekan Rabu yang lebih baik?

Mengapa ketika bapanya dulu menjadi Perdana Menteri, Pulau Pinang dikuasai BN dan Kedah pula dipimpin oleh kroninya, tidak mahu mengarahkan Pulau Pinang membayar sejumlah pampasan kerana mengharapkan sumber air dari Kedah?

Kenapa pula ketika itu bapanya tidak pula timbulkan supaya bekas Ketua Menteri dari Gerakan supaya mengkaji semula pembayaran ‘gadai janji’ pemilikan Pulau Pinang yang dulunya ‘digadai’ oleh pihak penjajah? Kenapa tidak buat semua itu ketika berkuasa?

Jika bapanya sekadar memerintah selama sepenggal dua, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Tapi kenapa selama lebih 4 penggal itu langsung tidak dibangkitkan soal memberi fokus ‘istimewa’ kepada negeri Kedah?

Suka penulis beritahu pada anak Perdana Menteri itu, sebenarnya orang Kulim atau orang Kedah umumnya tidaklah sebodoh yang dia dan bapanya sangka. Hanya mereka yang malas berfikir dan kurang berpengetahuan saja yang akan terpengaruh dengan mereka.

Jangan fikir baru setahun dua belajar jadi orang Kedah, maka dia boleh ‘auta’ begitu saja. Orang Kedah memang tak lupa tentang Memali. Walau Musa Hitam ‘dikambing hitamkan’, mereka tahu siapa dalang sebenar di sebaliknya…






Satu Komen to Masa Bapa Dia Jadi PM Dulu Kenapa Tiada Fokus ‘Istimewa’ Untuk Kedah?

  1. Perlis News says:

    […] via Masa Bapa Dia Jadi PM Dulu Kenapa Tiada Fokus ‘Istimewa’ Untuk Kedah? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome