Menu Utama

Mampukah Mahathir Menerima Kekalahan Debat Ditangan Nazri Aziz?

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin terdesak untuk terus berada dalam persada politik tanahair. Dari seorang negarawan beliau telah membuat pusingan ‘U’ yang meletakan beliau sebaris dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Rakyat Malaysia amat maklum bahawa pemimpin pembangkang mengunakan pendekatan fitnah dan fitnah berterusan tanpa ada sebarang fakta atau pun cadangan membina yang mampu membina masyarakat dan negara. Kini ‘kerusi’ tersebut menjadi pilihan Mahathir.

Para penyokong tegar Mahathir dilihat makin kecewa dengan keputusan terburu-buru yang beliau lakukan pada penghujung usia beliau. Setelah merendahkan martabat dari negarawan kepada Ketua Bahagian PPBM Langkawi. Kini Mahathir bakal berdebat pula dengan Datuk Seri Nazri Aziz pula. Nampaknya Mahathir akan terus mengecewakan penyokong tegar beliau.

Jika dicongak dan dihitung, sepatutnya taraf Mahathir dan Nazri terlalu jauh berbeza namun disebabkan oleh keterdesakan beliau yang dikatakan mahu mengangkat anak kesayangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri maka beliau dilihat sanggup melakukan apa sahaja.

Sebelum ini Mahathir mencabar Nazri untuk berdebat. Kini cabaran tersebut diterima oleh Nazri untuk berdebat dengan Mahathir mengenai 1MDB. Menteri pelancongan dan kebudayaan itu juga bersedia berbalas hujah dengan bekas perdana menteri itu mengenai isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku beberapa dekad lalu, serta dana RM2.6 bilion derma daripada Raja Arab Saudi.

Nazri turut bersedia berdebat berkaitan tajuk-tajuk lain yang diputuskan oleh Mahathir tanpa syarat kecuali dalam penentuan tarikh memandangkan kini beliau mengadakan lawatan kerja ke Berlin, Jerman dan dijangka pulang ke Malaysia Isnin ini.

Sebelum ini Nazri mencabar Mahathir bertanding pada pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas. Namun Mahathir menegaskan beliau tidak berhajat kembali bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat “pelbagai isu” termasuk skandal 1MDB dan BMF.

Sekiranya Nazri kalah dalam perdebatan tersebut, ianya tidak banyak mendatangkan kesan terhadap beliau. Namun berlainan pula sekiranya Mahathir kalah berdebat dengan Nazri. Perkara tersebut sudah tentu akan mengundang malu yang teramat sangat kepada bekas perdana menteri yang terkenal dengan sikap sombong dan bongkak itu.

Mampukah beliau menerima kekalahan tersebut? Jangan sampai nanti orang tua-tua cakap “mati dalam keadaan mata terbuka pula”.






4 Komen to Mampukah Mahathir Menerima Kekalahan Debat Ditangan Nazri Aziz?

  1. Perlis News says:

    […] via Mampukah Mahathir Menerima Kekalahan Debat Ditangan Nazri Aziz? — MYKMU.NET […]

  2. Pemerhati says:

    cari penyakit namanya orang yang menghalang & tidak berani membenarkan isu/skandal BMF & forex trading disiasat dengan telus semasa dia menjadi PM paling lama berkuasa & salah guna kuasa hendak berdebat dengan si Nazri

    harap mahathir tidak melantik orang lain sebagai pengganti dirinya untuk berdebat nanti selepas persetujuan tarikh & tempat debat itu diberitahu kepadanya…debat ini harus dibuat & disiarkan(selepas dirakam) stesen tv arus perdana…debat ini harus dibuat secara tertutup(tanpa disaksikan penonton dalam studio atau dewan) untuk mengelak monyet2(pentaksub & penyokong) peliharaan mahathir membuat bising tidak semena-mena(cuba menganggu & mengagalkan) semasa debat sedang berlangsung

    mencari moderator yang benar2 neutral kepada debat ini tidak menjadi masalah…masalahnya ialah mahathir, parti cap bunga & pembangkang yang besar kemungkinan akan mengada-adakan masalah

  3. Memang Baik says:

    Terbaru khabarnya M tersangat menentang sebarang cadangan melantik Wan Azizah jadi PM. Kita faham tentunya dia tak mahu Anwar ambil alih kuasa. Melantik bini Anwar serupa saperti melantik Anwar. Tidak pernah pun walau sedikit dalam perjuangan M menyebut untuk membela Anwar. Dia dari awal telah berterus terang bahawa sebarang demo dan berhimpunan bukan untuk bebaskan Anwar tapi hanya untuk turunkan PM dan kini untuk tumbangkan BN terus.

    Walau pun begitu semua itu tidak menghairankan kita walau sedikit. Yang mengheran kita dalam sekala besar lagi dahsyat ialah :-

    Bila pulak mereka berjaya tumbangkan BN lalu untuk alih. Mungkin mereka kata mereka beranbgan dulu, bayang itu bayang ini.

    Tapi apa yang pasti , umur dia makin lanjut. Makin hampir kubur kata come come come.

  4. sman says:

    Harap debat ini jadi kenyataan utk menjadi pengajaran kepada Mahathir.Sekurang-kurangnya Mahathir kena sedar ,bila mengeluarkan sesuatu hujah misti ada fakta sokongannya,bukan sembarangan.Selain dari pada itu dia juga mula faham ,bukan semua orang takut pada beliau dan sentisa memandang tinggi sehingga takut utk menyangah beliau.

    Zahirnya Mahahtir kelihatan selamba ,tapi dalam hatinya cukup keciwa dgn apa yg terpaksa di lalui nya sekarang ini.Namun kini dai sudah tidak ada tempat utuk merajuk seperti semasa beliau memimpin Umno dulu. Kekeciwaannya kepada desakan ‘Mahathir Undur’ oleh Gerakan Reformasi di lahirkannya dengan menangis teresak-esak mengumumkan meletak jawatan di perhimpunan Agong Umno,dan seperti yg beliau harapkan ianya di sambut dengan belas ehsan ,pujuk rayu dan bodek ampu oleh RA.Maka terubatlah laranya lalu menarik balik hasratperletakan jawatan tersebut.Kini semua itu sudah tiada lagi dan beliau cukup terdesak sehinggakan dari LKS dan Anwar pun sangup ditagihnya simpati.

Leave a Reply