Menu Utama

Kementerian Pendidikan Perlu Bertegas Jaga Kemurnian dan Keluhuran Bidang Perguruan

Tindakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi surat tunjuk sebab kepada lima orang guru yang naik pentas ceramah pembangkang untuk menghentam kerajaan adalah satu tindakan wajar dan sepatutnya sudah lama dilakukan.

Para guru perlu sedar bahawa majikan mereka adalah Kerajaan Persekutuan yang sekarang dipimpin oleh Barisan Nasional. Jika guru naik berceramah atas pentas pembangkang maknanya mereka mengingkari majikan mereka Kerajaan Persekutuan.

Apakah mereka fikir majikan mereka ini tolol dan bangang hanya sekadar melihat mereka naik atas pentas pembangkang menyebarkan dakyah-dakyah yang memburukkan kerajaan?

Benar undi anda adalah hak anda. Malah menyatakan sokongan kepada parti politik juga hak anda. Namun naik atas pentas memburukkan kerajaan yang ada bukan hak anda sebagai kakitangan kerajaan.

Sebagai kakitangan kerajaan anda harus berkhidmat kepada “Government of the Day” walaupun tidak bersetuju dengan polisi yang dibuat.

Anda hanya boleh menentang keputusan dan polisi kerajaan mengikut saluran dalaman. Jika Kerajaan masih meneruskan polisi yang ditetapkan, anda boleh memilih sama ada akur dengan keputusan kerajaan atau berhenti bekerja dan menentang kerajaan hari ini.

Sebenarnya surat tunjuk sebab sahaja tidak mencukupi. mahadzir Khalid perlu menunjukkan ketegasan Kementerian memelihara kemurnian dan keluhuruhan institusi perguruan dari dicemarkan oleh segelintir guru yang tidak bertanggungjawab.

Guru terbabit perlu dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan-peraturan yang mengikat mereka, antaranya,

Peraturan 21(1), P.U.(A)395/1993 :
i. pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan &Profesional dilarang mengambil bahagian di dalam politik. Pegawai tidak boleh:
ii. membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada lisan atau bertulis, memberi pandangan yang berat sebelah atas
perkara yang menjadi isu parti politik;
iii. menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah parti politik;
merayu undi;
iv. enjadi ejen pilihanraya;
v. bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
vi. memegang jawatan di dalam parti politik.

Peraturan 21(2), P.U.(A)395/1993 : Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – pegawai gunasama*
Ketua Setiausaha Kementerian – pegawai bukan gunasama
– Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996
* Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ialah perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Peraturan 21(2A), P.U.(A)395/1993 :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48, selain Pengetua atau Guru Besar di institusi pendidikan* dan pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, boleh bertanding / memegang jawatan / dilantik ke dalam jawatan parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. – Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010

* Institusi pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), English Language Teaching Centre (ELTC), kolej matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seperti kata Mahadzir Khalid, “Jika mereka seorang guru, tetapi sudah naik pentas pembangkang, bersyarah dan hentam kerajaan, ada pula elemen tidak sihat dibangkitkan dan wujud unsur fitnah, saya ingatkan lebih baik tinggalkan profesion itu dan lawanlah (bertanding) betul-betul.”.






Leave a Reply

Threesome