Menu Utama

Guan Eng Tidak Rela Dibandingkan Dengan Rosmah

AKHIRNYA Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansur tidak dipilih oleh rakyat. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa beliau tidak dipilih oleh rakyat kerana Rosmah tidak pernah bertanding dalam mana-mana kerusi pilihan raya.

Namun mengapa Rosmah sering menjadi sasaran fitnah Pakatan Harapan yang diketuai DAP sedangkan beliau tidak ada sebarang jawatan dalam kabinet? Adakah mereka cemburukan kedudukan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak?

Jawapannya amat mudah. Strategi mereka untuk memburukan Rosmah dengan harapan ianya akan menjejaskan kredibili dan nama baik Datuk Seri Najib. Sekiranya mereka berjaya menjejaskan maruah PM maka dengan sendirinya kredibiliti Barisan Nasional akan tercalar.

Walaupun cara tersebut dilihat sebagai tidak beretika namun ianya tidak menjadi masalah dalam Pakatan Harapan pimpinan DAP memandangkan bagi mereka “matlamat menghalalkan cara”. Cuma serangan tersebut kini dilihat “backfire” terhadap Lim Guan Eng.

Guan Eng seolah-olah tidak dapat mengawal kemarahan apabila pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor dikatakan  turut mengheret Lim ketika menjawab ADUN DAP Yeo Bee Yin yang mahu isteri perdana menteri untuk melepaskan jawatan sebagai penaung PERMATA.

Lim Guan Eng tidak rela dibandingkan dengan Rosmah Mansor atas alasan beliau tidak dilantik memegang jawatannya itu. Guan Eng menegaskan yang jawatan beliau sebagai ketua menteri Pulau Pinang dipegang selepas dipilih oleh rakyat.

Rakyat Malaysia tahu bahawa sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Rosmah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi kepada negara walaupun beliau tidak dipilih oleh rakyat. Tambahan pula, ijazah yang dimiliki Rosmah melayakkannya menerajui PERMATA. Namun Rosmah terus menjadi sasaran sifat hasad dengki pembangkang.

Sebelum ini kita dimomokan kononnya orang Cina mempunyai budaya yang baik dimana mereka tidak akan menjatuhkan pihak lain untuk berjaya. Sebenarnya itu hanya retorik semata-mata. DAP telah berusaha “bermati-matian” untuk menghancurkan Barisan Nasional sehingga mereka sanggup memusnahkan negara kita asalkan Malaysia dapat mereka rampas.






Satu Komen to Guan Eng Tidak Rela Dibandingkan Dengan Rosmah

  1. Perlis News says:

    […] via Guan Eng Tidak Rela Dibandingkan Dengan Rosmah — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome