Menu Utama

Ekonomi Negara Alami Perkembangan Menggalakkan – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi negara menunjukkan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan statistik daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata terdapat beberapa indikator yang menunjukkan penambahbaikan diperlukan.

“Alhamdulillah, banyak statistik yang disampaikan menunjukkan angka menggalakkan.

“Terdapat juga beberapa indikator yang menunjukkan penambahbaikan diperlukan dan kita akan tingkatkan lagi usaha dan fokus dalam sektor berkenaan,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau menerima taklimat tahunan perkembangan terkini ekonomi negara oleh BNM.

Najib berkata dasar-dasar dan struktur asas ekonomi negara turut dibincangkan untuk mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia.

— BERNAMA






Leave a Reply