Menu Utama

Ejen Rahsia Dan Pengintip Diwajibkan Isytihar Diri Berkuatkuasa Serta Merta!

Mungkin terlalu banyak menonton filem-filem bercorak penyiasatan yang dilakonkan oleh Mr Bean, begitulah antisipasi penulis dalam mencari kesimpulan bagaimana soalan sedemikan rupa boleh keluar dari seorang yang berjawatan pengarah strategik.

Menjawab soalan bertulis dari Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin tentang jumlah pengintip atau ejen asing yang ada di negara ini, Timbalan Perdana Menteri secara sinis menjawab; “Pengintip tidak daftarkan diri mereka sebagai pengintip”. Punyalah tajam menikam jawapan dari Zahid, bukan sekadar menjawab, sekaligus membunuh kredibel soalan yang dikemukan.

Sebagai seorang pengarah strategik, kita mengharapkan soalan-soalan yang lebih bijak dari Sim. Kita tahu, tujuannya untuk memerangkap orang yang disoal. Kalau pun begitu, janganlah terlalu nampak sangat motif, sehingga gagal menyembunyikan kebodohan dengan soalan sebegitu. Cuba belajar dari cara si ejen atau pengintip, bagaimana mereka mengelak dari dirinya mereka dikesan.

“Don’t argue with stupid people, because you will drag your level down to theirs”. Begitulah ungkapan kata-kata bestari yang diambil dari kitab jawa kuno bagi menggambarkan teknik atau cara untuk berhadapan dengan golongan sedemikian. Ini termasuklah cara menjawab.

Jika sukar untuk Sim Tze Tzin faham, rasanya beliau perlu membawa usul kepada parlimen, agar kerajaan menguatkuasakan undang-undang, bahawa semua ejen dan pengintip perlu isytihar diri masing-masing, sementara yang ingin memasuki Malaysia bolehlah membuat pengisytiharan tersebut kepada pihak imigresen di pintu masuk utama negara seperti di KLIA.

Apa yang kita harapkan, bila usul tersebut dibahas, maka Pengarah Strategik PKR itu akan lebih faham dengan jelas, nyata dan terang jenis soalan apakah yang beliau tanyakan di Parlimen semalam.

Bila membaca satu tweet Sim di laman twitternya baru-baru ini, mungkin boleh kita simpulkan sedikit, kenapa soalan bodoh begitu boleh dikemukakan olehnya.  Ahli Parlimen Bayan Baru ini mengakui bahawa dirinya “accidentally elected”, yang juga boleh membawa kepada pengertian;

“dah korang pilih aku, korang terima la walau aku bodoh pun”.

Kita ingin juga meneka, waima di dalam kesamaran, tentang sejauh mana kepintaran penyokong Sim pula selepas ini.






2 Komen to Ejen Rahsia Dan Pengintip Diwajibkan Isytihar Diri Berkuatkuasa Serta Merta!

  1. Perlis News says:

    […] via Ejen Rahsia Dan Pengintip Diwajibkan Isytihar Diri Berkuatkuasa Serta Merta! — MYKMU.NET […]

  2. Pemerhati says:

    tu lah makan lagi babi banyak2, kan bodoh!

    agaknya dia tanya tu sebab DAP boleh mengira & tahu berapa ramai ‘spy’ dikalangan orang DAP telah menjadi pengintip/perisik kepada pihak asing sebab itu dia ‘tertanya’ nak tahu berapa ramai ‘spy’ telah mendaftar kepada kerajaan

    negara haram israel tidak akan memberi derma $1 bilion lebih kepada DAP jika tiada pemimpin DAP sanggup menjadi spy kepada israel

Leave a Reply