Menu Utama

Duta Korea Utara Diisytihar Persona non Grata dan diarah Pulang

Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Korea Utara Kang Chol sebagai persona non grata (orang yang tidak dikehendaki) di Malaysia dan diarahkan meninggalkan negara ini dalam masa 48 jam.

Keputusan kerajaan ini berikutan keengganan beliau memberikan kerjasama dalam siasatan membabitkan pembumuhan adik tiri Presiden Korea Utara bulan lepas.

Sebelum ini Kang Chol membidas kerajaan Malaysia dengan menganggap pihaknya tidak yakin dengan sebarang penyiasatan terhadap Jong Nam, abang tiri kepada diktator Jong Un, yang dipercayai dibunuh oleh agen upahan Pyong Yang.

Rakaman video menunjukkan Jong Nam diserang 2 wanita dipercayai agen upahan Pyongyang, ketika berlegar di lapangan terbang tambang murah klia2 di Sepang, pada 13 Februari.

Malaysia sebelum ini menolak permintaan Korea Utara untuk mengambil mayatnya.

Kang Chol juga mempersoalkan keputusan Malaysia melakukan bedah siasat dan mengingatkan Putrajaya yang Jong Nam memegang pasport diplomatik.






Satu Komen to Duta Korea Utara Diisytihar Persona non Grata dan diarah Pulang

  1. Perlis News says:

    […] via Duta Korea Utara Diisytihar Persona non Grata dan diarah Pulang — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome