Menu Utama

DAP Cuba Jadi “Hero” Isu Korea Utara Namun Gagal

MEMANG nama parti DAP iaitu Democratic Action Party kedengaran agak sinonim dengan Democratic People’s Republic of North Korea namun itu tidak bermakna DAP akan dapat menyelesaikan isu sembilan lagi tahanan rakyat Malaysia di Korea Utara lebih baik dari Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri kita telah membuktikan keupayaan beliau menyelesaikan beberapa krisis dengan amat cemerlang. Rakyat Malaysia tetap percaya pada kredibiliti Datuk Seri Najib yang amat berhemah, tegas dalam kelembutan beliau menangani keadaan.

Oleh itu tindakan Dewan Rakyat hari ini menolak usul DAP untuk membahaskan pertikaian diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara atas sebab-sebab keselamatan dilihat amat tepat sekali. Kalau dilihat dari segi “track record” DAP, mereka hanya mencipta kemusnahan dengan menjaja fitnah di seluruh dunia dengan menburukan nama negara. Sikap patriotik dilihat jauh sekali dari parti tersebut.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan bahawa terdapat keperluan bagi Malaysia untuk mengekalkan saluran komunikasi diplomatik dengan Pyongyang untuk memastikan rakyat Malaysia di sana selamat. Malah terdapat kebimbangan bahawa sebarang tindakan yang bercanggah dengan usaha itu akan membuat penyelesaian krisis itu menjadi lebih sukar.

Menurut pemerhatian penulis di media sosial, Pakatan Harapan pimpinan DAP seolah-olah cuba menangguk di air keruh dengan menimbulkan propaganda melalui komen-komen negatif terhadap usaha dan langkah berhemah yang diambil oleh kerajaan Malaysia berkenaan isu ini.

Kesilapan besar telah dibuat oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam perkara ini. Kelebihan rakyat Malaysia, apabila sesuatu krisis berlaku maka mereka akan bersatu hati mencari penyelesaian terbaik bagi menangani keadaan tersebut. Sudah tentu mereka tidak pernah percaya kepada sebarang pendekatan yang cuba dibuat oleh pembangkang.

Melalui Facebook Najib Razak , Perdana Menteri memberitahu khabar yang membolehkan rakyat Malaysia menarik nafas lega.

Saya baru selesai perbualan telefon dengan Encik Mohd Nor Azrin, Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia, Pyongyang, dan saya ingin maklumkan bahawa beliau dan keluarga serta rakyat Malaysia yang lain berada dalam keadaan selamat di Korea Utara, Alhamdulillah. Saya maklumkan juga kepada beliau bahawa saya, rakan-rakan dalam Kerajaan malah semua rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mereka, dan bahawa kita sedang berusaha sedaya-upaya untuk membawa mereka pulang ke tanah air.

Kerajaan Korea Utara telah memberi jaminan mengenai keselamatan mereka, dan juga bahawa mereka bebas melakukan aktiviti harian seperti biasa, cuma tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Kita sedang berusaha untuk mencapai penyelesaian terbaik kepada perkara ini. Sama-sama kita doakan.

Korea Utara Isnin lalu,mengumumkan bahawa Pyongyang tidak akan membenarkan 11 rakyat Malaysia di negara itu meninggalkan Korea Utara. Namun setakat ini dua daripada mereka yang terbabit itu telah berjaya berlepas ke Beijing.

Larangan perjalanan oleh Pyongyang berikutan pengusiran dutanya ke Malaysia kerana membuat kenyataan kritikal mengenai siasatan ke atas kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

 






6 Komen to DAP Cuba Jadi “Hero” Isu Korea Utara Namun Gagal

  1. Perlis News says:

    […] via DAP Cuba Jadi “Hero” Isu Korea Utara Namun Gagal — MYKMU.NET […]

  2. Pemerhati says:

    masyarat dunia termasuk warga Malaysia yang faham maksud sebenar ‘demokrasi’ tidak teragak-agak memberi pelempang bukan sahaja kepada korea utara(kim jong un) malah kepada dap(kit siang ke atau guan eng ke) juga kerana terang-terangan menipu(menggunakan perkataan ‘demokratik) berkata negara(korea utara) & parti(dap) mereka kononnya ‘demokratik’ padahal sebaliknya

    korea utara & dap ialah untuk ‘milik keluarga sendiri’, begitu juga dengan pkr & ppbm jadinya kim jong un, lim kit siang, anwar & mahathir semua layak diberi pelempang…jika ada tidak mahu beri pelempang, boleh sahaja buat ‘blanket party’ iaitu serkup kepala mereka ini dengan kain selepas itu kita ‘keroyok’ ramai2

  3. Pemerhati says:

    ko tinggal kat mana pp(pemakan pig)?

Leave a Reply

Threesome