Menu Utama

BUKA SIASATAN SEGERA MENGENAI USAHA SABOTAJ EKONOMI NEGARA

19 MAC 2017 | 20 JAMADIL AKHIR 1438H

KENYATAAN MEDIA

Ab Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading

1. Saya memandang serius pendedahan yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri terhadap usaha pihak tertentu yang cuba mensabotaj ekonomi negara.

2. Negara hampir kehilangan pelaburan bernilai hampir RM31 Billion daripada Saudi Aramco akibat daripada fitnah yang mengatakan negara bakal bangkrap dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar gaji penjawat awam.

3. Namun, pelaburan ini dapat diselamatkan setelah fakta, analisis kewangan dan laporan dibentangkan kembali kepada pihak pelabur.

4. Mereka yang bertanggung jawab memberi maklumat yang salah dan tidak benar ini adalah bermotifkan politik semata-mata dan sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat negara ini demi mencapai matlamat tersebut.

5. Perbuatan sabotaj ini merupakan satu serangan jahat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara serta perlu dilihat sebagai pengkhianatan langsung terhadap negara Malaysia.

6. Lebih-lebih lagi apabila sabotaj ini adalah mengenai pelaburan yang dilakukan di negeri Johor melalui projek RAPID pengerang yang mana seperti semua sedia maklum telah melibatkan konfrontasi terbuka terhadap Tuanku Sultan.

7. Saya mendesak satu siasatan segera mesti dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia di atas pendedahan yang mengejutkan ini.
8. Pihak yang bertanggung jawab melakukan fitnah dan sabotaj jahat ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan perlu diberikan hukuman berat.

9. Kita tidak boleh bertoleransi dengan sebarang perbuatan atau usaha yang sengaja dilakukan bagi menggagalkan ekonomi negara yang mana pada akhirnya boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.

*—–TAMAT—-*






Satu Komen to BUKA SIASATAN SEGERA MENGENAI USAHA SABOTAJ EKONOMI NEGARA

  1. Perlis News says:

    […] via BUKA SIASATAN SEGERA MENGENAI USAHA SABOTAJ EKONOMI NEGARA — MYKMU.NET […]

Leave a Reply