Menu Utama

Apa Masalah Pun Kalau Rosmah Mansur Lancar Kapal Laut APMM? Faham Ke?

Mungkin ada yang berhujah, ini soal kebebasan bersuara. Maka, tiada sesiapa yang boleh menghalang untuk mana-mana individu memberi pandangan. Artikel ini bukan bermaksud untuk menghalang kebebasan bersuara, tetapi untuk memberitahu keperluan untuk menggunakan kebebasan BERFIKIR sebelum kebebasan bersuara.

Semalam, berlangsungnya pelancaran Kapal KM Bagan Datuk di Limbungan Destini Maritime, Pelabuhan Klang. Seraya dengan itu, maka kebebasan bersuara tersebut dizahirkan dengan maki hamun, sumpah seranah dan pelbagai lagi melalui media sosial ke atas Perdana Menteri dan isteri gara-gara perasmian tersebut dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansur. Tidak kurang yang mengkritik dengan mempersoalkan kejantanan lelaki-lelaki yang hadir, hanya kerana majlis tersebut disempurnakan oleh wanita.

Salahkah jika pelancaran sebuah kapal laut disempurnakan oleh seorang wanita? Gunakan hak untuk berfikir dahulu, sebelum hak bersuara. Maka, ketahuilah mengapa wanita menjadi sumber inspirasi dan watak utama untuk tujuan perasmian.

Sudah menjadi amalan tradisi tentera laut seluruh dunia, wanita diberi keistimewaan untuk menamakan sesebuah kapal. Wanita dan kapal dianggap amat sinonim dan mempunyai kaitan yang menjiwai tingkah laku dan kehidupan kapal itu sendiri. Pergerakannya yang lembut dan harus dilayan dengan lembut dan penjagaan yang rapi dalaman dan luaran oleh penghuninya seperti mana menjaga atau melayani seorang wanita. Di dalam tradisi tentera laut juga nilai kebersihan dan kecantikan sesebuah kapal sangat dititikberatkan dan menjadi satu keaiban jika kekuningan air karat di tepian kapal dibiarkan tanpa disenggarakan dengan sempurna sebelum memasuki sesuatu pelabuhan.

Atas alasan itu juga tidak hairanlah jika kapal diberi ganti nama “she”. Maka, jangan terkejut jika ada kapal dikenali sebagai H.M.S yang juga membawa maksud Her Majesty’s Ship.

Sebagai contoh, Angkatan Tentera Laut New Zealand juga menggunakan cara yang sama apabila hampir semua Her Majesty’s New Zealand Ship (HMNZS) dirasmikan oleh wanita. Antaranya:

  1. HMNZS Achilles – dirasmikan oleh Lady Stanley, isteri kepada Setiausaha Pertahanan Tentera Laut New Zealand
  2. HMNZS Haku – dirasmikan oleh Lady Reeves, isteri kepada Governor General
  3. HMNZS Taranaki – dirasmikan oleh Lady Freyberg, isteri kepada Governor General Freyberg
  4. HMNZS Te Kaha – dirasmikan oleh Lady Joan Bolger, isteri kepada Perdana Menteri Bolger

Di Malaysia, 6 Disember 2007 di Limbungan Wave Master Yachts Centre Langkawi, penamaan dan pelancaran Patrol Vessel Generasi Baru ke empat [PV4] telah disempurnakan dengan jayanya oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, isteri kepada Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah juga pernah merasmikan Teguh Samudera, sebuah kapal latihan milik TLDM. Begitu juga dengan kapal Pernas Arang milik Perbadanan Nasional Shipping Line Berhad (PNSL) dengan perasmian dibuat di Nagoya, Jepun pada 30 November 1982.

Jadi, apa masalahnya jika Datin Seri Rosmah Mansur juga diberi kesempatan untuk berbuat demikian? Kala hati telah hitam, rasional dan keupayaan untuk berfikir juga mati. Padamlah api kebencian itu dari hati dan sanubari.

Gunakan hak berfikir, sebelum hak bersuara.






5 Komen to Apa Masalah Pun Kalau Rosmah Mansur Lancar Kapal Laut APMM? Faham Ke?

  1. anakbochek says:

    Aritkel yang baik bro. Thumbs up. Kesian, kalau hati dah hitam tidak kira ulama atau orang kebanyakan kemampuan berfikir akan berkurang dengan signifikan.

  2. Perlis News says:

    […] via Apa Masalah Pun Kalau Rosmah Mansur Lancar Kapal Laut APMM? Faham Ke? — MYKMU.NET […]

  3. Perasmian utk perolehan kapal baru dibuat oleh isteri pemimpin bukan saja jadi amalan di Malaysia bahkan hampir seluruh dunia. Mereka yg pertikai hanya memilih dari sudut nagetif dan kebencian melampau semata mata

  4. Mek esah says:

    Aku dengar dia bg salam mcm muallaf le…

  5. Hassan says:

    susah lah nak jumpa netizen puji najib dgn Ikhlas hati.. hampir 99.9% maki hamun PM malaysi skarang cuma MyKmu ni jer PM dan isteri puji melambung…. at least ada backup lah PM…

Leave a Reply

Threesome