Menu Utama

22 Tahun Bawah Mahathir, Minyak Negara Diproses Singapura – JASA

Rupanya Singapura Yang Bekal Petrol, Diesel Selama Ini

1. Petronas digadai kepada Aramco? Hak cari gali minyak negara digadai kepada Aramco? Ini adalah FITNAH kerana Aramco TIDAK membeli Petronas seperti mana yang dituduh oleh sesetengah pihak.

2. RM31 bilion ialah 50% ekuiti dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja – iaitu CUMA SEBAHAGIAN daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex – PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan hanya akan terlaksana pada tahun 2019.

3. Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan MEMBEKALKAN sehingga 70% daripada keperluan MINYAK MENTAH untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.

4. Petronas dan negara kita akan mendapat banyak manfaat kerana pelaburan ini memberi JAMINAN bekalan minyak mentah untuk negara kerana Malaysia bukan pengeluar minyak mentah yang besar di dunia.

5. Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana PIPC mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.

6. Ramai yang TIDAK MENYEDARI, Singapura adalah hab perdagangan minyak dan pusat pemprosesan TERBESAR Asia dan KETIGA terbesar di dunia sejak berdekad lalu setelah mereka memanafaatkan Pengkalan Tentera Laut tinggalan British dulu.

7. Singapura TIDAK mempunyai setitisan minyak sendiri pun DAN yang menariknya bekalan minyak mentah dan gas tersebut sebahagiannya datang dari Malaysia.

8. Sekian lama, Singapura digelar sebagai “hab minyak di Asia”, dan dengan industri minyak itu telah menyumbang sebanyak 5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap tahun kepada Singapura. Gelaran ini membolehkan Singapura menarik pelaburan dan industri berkitan dengan minyak dan petrokimia, termasuk menarik ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu melintasi Tambak Johor untuk bekerja di sana.

9. Kerajaan menyedari kepincangan ini. Menerusi pembangunan PIPC dan perjanjian pelaburan dengan Aramco, selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas. Kekayaan yang selama ini dilambak di Singapura akan kembali menjadi milik Malaysia dan membuka sehingga 8,000 peluang pekerjaan berpedapatan tinggi.

10. Melalui wawasan jauh Perdana Menteri Najib Razak, untuk tempoh masa tidak lama lagi Malaysia mampu menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang selama ini telah memberi keuntungan kepada negara lain.

11. Pembangunan PIPC ini jauh lebih bermakna daripada pembinaan jambatan bengkok, Litar F1 Sepang, KLCC, Dayabumi dan sejumlah projek mega lagi. Mengambil alih mahkota minyak Singapura sepatutnya keutamaan nombor satu Malaysia disebabkan oleh sejumlah besar pendapatan, keuntungan, pekerjaan dan susulan kepada industri yang berikut dengannya.

12. Dengan adanya PIPC ini negara telah berjaya membetulkan kesilapan Perdana Menteri lalu, kerana selama 22 tahun, walaupun kononnya beliau sangat membenci dan bermusuhan dengan Singapura, tetapi beliau telah membenarkan Singapura mengaut keuntungan berbilion setahun hasil minyak negara. – JASA






7 Komen to 22 Tahun Bawah Mahathir, Minyak Negara Diproses Singapura – JASA

  1. Perlis News says:

    […] via 22 Tahun Bawah Mahathir, Minyak Negara Diproses Singapura – JASA — MYKMU.NET […]

  2. Mek esah says:

    Nilai ringgit masa madey tidak sbangsat dan sebusuk ini…malu kat mek siam belah sana..huhu

    • system baru says:

      kenapa kau tak cakap je zaman tun rakzak dulu duit kita 2rm tukaran 1usd bila mahathir memerintah duit kita jatuh 2.50sen kemudian jatuh lagi duit kita 3.80sen.

      Sila jawab soalan ini mak esak? nak ke jepun melabur di malaysia jika duit kita 2rm to 1usd seperti zaman tun rakzak itu silap2 jepun pun tak nak melabur di malaysia silap2 dasar pandang ke timur pun gagal sebabnya duit kita terlalu tinggi

      Orang suka duit kita tinggi ialah orang mengharap barangan made in china,thailand dan indonesia untuk menjual barang inport di malaysia

      Yg peting export kita tak jatuh, china dengan sesuka hati dia turun mata wang untuk meningkat export dia sehinggakan amerika marah pada china Suka manipulasi mata yuan dengan sesuka hati dia

    • Badrole Amin says:

      komen mek esah macam baru lepas kena taram kat bontot

      lain kali patut kata nilai ringgit masa TAR tidak sebangsat & sebusuk zaman musibat anak haram madey jadi PM

    • reds says:

      mek esah bleh baca kat sini supaya x nampak bodoh sangat….kalo x phm baca banyak kali..
      http://syahir521.blogspot.my/2017/03/singdollar-vs-ringgit-malaysia.html

  3. Memang Baik says:

    Zaman dulu kita boleh beli nasi lemak dengan duit RM0.50. Dalam kocek ada RM 2.00 kita dapat besarapan macam orang kaya. Toyota corrolla baru model baru 8K. Datsun murah sikit. Honda cub baru RM650.00 sebuah.

    Semua berubah. Nilai berubah. Taraf berubah. Tapi dengan semua perubahan itu adakah salah menteri yang menentukan dasar. Atau menteri dulu tetapkan harga nasi lemak RM0.50. Sekarang menteri lain pulak tetapkan roti canai RM1.10. Nasi lemak RM5.00 (???)

    Jangan sampai bulu ketiak dulu hitam sekarang bercampor putih pun salah menteri ….

    Payah deal dengan manusia berfikiran jumud.

Leave a Reply