Menu Utama

March, 2017

 

Batal Debat, Mahathir-Nazri Makan Cendol Di Kuala Kangsar

Setelah gagal untuk berdebat Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya hanya menikmati cendol dan laksa di bawah sebuah pondok di kawasan perniagaan makanan Dataran Lembah di sini hari ini. Mohammed Nazri yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menikmati juadah tersebut bersama Mahathir setelah berjumpa di tepi dataran Sungai Perak di sini pada pukul 4.25 petang. Polis sebelum ini menolak permohonan acara debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu yang dijadualkan diadakan di Maktab Rendah Sains MaraBaca Lagi


‘Adakala Baju Mereka Basah Kuyup, Untuk Jaga Keselamatan Saya’

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghargaan kepada kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya kepada semua anggota dan pegawai yang terlibat dalam memastikan keselamatan beliau. Perdana Menteri melalui catatanya di Facebook sebentar tadi berkata selain mengorbankan masa dan waktu, anggota dan pegawai PDRM tersebut turut mempunyai masa yang terhad untuk bersama keluarga tersayang. “Mereka ini, boleh dikatakan mula bekerja sebelum saya celik. Balik kerja, kadang-kadang anak-anak mereka pula dah tidur. Penat berdiri, berjaga, makan tak tentu masa, dan ada juga masanya basah kuyup pakaianBaca Lagi


Pegawai FBI Didakwa Terima Rasuah, Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dipercayai ada maklumat difahamkan bahawa ada pegawai dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mungkin terlibat dalam perbuatan rasuah melibatkan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Presidennya, Ramesh Rao berkata pihak yang dirasuah itu dikatakan memainkan peranan mempengaruhi DOJ sehingga satu saman sivil diumumkan difailkan ke atas syarikat 1MDB untuk kononnya merampas beberapa aset berkaitan syarikat itu. “Bakal terbongkar? Pegawai FBI dirasuah untuk pengaruhi DOJ!! Siapa yang rasuah pegawai FBI?” katanya dalam satuBaca Lagi


Syarat Ketat BR1M, Kerana Kerajaan Pegang Amanah Jaga Duit Rakyat

KUALA LUMPUR – Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam menafikan dakwaan kononnya kerajaan sengaja mengetatkan syarat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga menyebabkan rungutan banyak pihak. Menurut Lokman tindakan tersebut terpaksa diambil bagi mengelakkan penipuan di kalangan pemohon sekaligus memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan bantuan. “Datuk Seri Najib dulu rambut hitam tapi sekarang dah putih melepak, sebab sering berfikir formula yang terbaik untuk agihkan dan pastikan kek kekayaan ekonomi negara dapat diberikan secara saksama. “Sebab itu bukan mudah nak dapatkan BR1M kerana kita (kerajaan) mengunakan 13Baca Lagi


Ops Yawas’: BN Selangor gerak akar umbi lapor penyelewengan SMUE

Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan ‘Ops Yawas’ bertujuan mengajak semua pihak di Selangor membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh kerajaan Selangor. Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati tentang pengurusan dana SMUE hingga ramai yang belum menerima dana khairat kematian di bawah skim itu. “Dana itu dilaporkan tidak diberikan kepada rakyat Selangor mengikut jumlah yang ditentukan iaitu RM2,500 seorang untuk khairat kematian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesraBaca Lagi


Kabinet luluskan RUU Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

24 MAC: Kabinet pada hari ini meluluskan cadangan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, ia sekaligus membenarkan RUU tersebut dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat minggu depan. Secara dasar, RUU itu adalah bertujuan bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif. Usaha lanjut daripada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani jenayah itu. Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang berkata usaha murni kerajaan itu dapatBaca Lagi


Bantuan perumahan tanpa mengira fahaman politik

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, penjawat awam yang bekerja di negeri yang dikuasai pembangkang juga layak memohon program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan harga kurang daripada RM300,000 dan lebih rendah berbanding pasaran. Perdana Menteri berkata, perkara itu sekali gus membuktikan kerajaan menghulurkan bantuan tanpa mengambil kira fahaman politik. Menurut beliau, sehubungan itu, kerajaan sangat menggalakkan rakyat memohon bantuan melalui program-program yang disediakan kerana ia merupakan hak mereka. “Impian rakyat untuk memiliki sebuah rumah yang selesa adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk memenuhi impian serta kehendak rakyat. Sebab itulahBaca Lagi


Dr. Mahathir terus perlekeh Presiden Pas

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menyifatkan Pre­siden Pas itu kurang berkarisma berbanding kepimpinan terdahulu parti itu. Bekas Perdana Menteri itu turut menyifatkan Pas kini sebuah parti yang keliru di bawah pentadbiran Abdul Hadi. “Abdul Hadi memang kurang karisma berbanding Datuk Fadzil Mohd. Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahkan dengan Tan Sri Mohd. Asri Muda juga. Orang ini (Abdul Hadi), macam-macam tuduhan yang dibuat terhadapnya tidak dapat dijawab. “Sekarang saya dapati Pas macam keliru sebab nampakBaca Lagi


Pembohongan Pembangkang Mudaratkan Imej Negara, Rakyat – Abdul Rahman

Tindakan pembangkang khususnya DAP melakukan pembohongan tentang kerajaan bukan sahaja memudaratkan kepimpinan dan imej negara di peringkat antarabangsa malah kehidupan rakyat, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan. Beliau berkata tindakan pembangkang yang mengatakan kerajaan menjual negara kepada China dan Arab Saudi jelas merupakan satu pembohongan besar. “Martabat kita (Malaysia) tinggi. Jadi, jangan terpengaruh dengan kata-kata pembangkang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dahulu pun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. “Mereka (pembangkang) kata kita (kerajaan) jual negara tetapi mereka lupa China adalah negara kayaBaca Lagi


Muslimat Pas Selangor dah marah Azmin , Pas Selangor bila lagi ?

Muslimat PAS Selangor beri amaran keras pada Azmin Kerana sepotong tweet, Menteri Besar Selangor Azmin Ali terus diserang segenap penjuru. Terbaru, Muslimat PAS Selangor tampil memberi “amaran keras” kepada Azmin selepas beliau dikatakan menyindir kekalahan teruk Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dalam pemilihan parti peringkat kawasan. “Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan. “Sekali lagi Muslimat PAS Selangor memberi peringatan kepada Datuk Seri Azmin supaya jangan mencabar kesabaran kami dan jangan merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. “Muslimat PAS Selangor menyifatkan DS Azmin umpama kacang lupakan kulitBaca Lagi