Menu Utama

Pembunuhan Kim Jong-Nam: Polis Tahan Wanita Korea Dengan Pengenalan Vietnam?

Polis menahan seorang wanita yang “memegang papsport Vietnam” bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita terbabit, Doan Thi Huang, 29, telah ditahan kira-kira pukul 8.20 pagi hari ini di KLIA2 dekat sini.

“Suspek berjaya dikesan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) dan dia sedang keseorangan ketika ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun terdapat sumber memberitahu MYKMU.NET, polis menyiasat kemungkinan wanita memegang pengenalan palsu Vietnam berdasarkan bentuk fizikal kepada Korea berbanding Vietnam.

Polis setakat ini tidak memberi sebarang maklumat sama ada wanita tersebut fasih dalam bahasa vietnamese seperti sepatutnya.






2 Komen to Pembunuhan Kim Jong-Nam: Polis Tahan Wanita Korea Dengan Pengenalan Vietnam?

  1. Memang Baik says:

    Pembunuhan orang penting Korea U itu pasti meletakkan Msia di limelight buat seketika dan menjadi headline seluruh akhbar satu dunia buat suatu tempoh. Orang kena bunuh cerita biasa. Pembunuh ditangkap selepas membunuh juga cerita biasa .

    Dua tiga perkara yang bukan biasa disini ialah mangsanya seorang saudara president sebuah negara. Kedua mangsa dibunuh tanpa guna senjata. Ketiga pembunuh ialah seorang wanita. Keempat cara pembunuhan terlalu canggih iaini dengan menggunakan kain yang dicelup racun dan diserkup kemuka mangsa. Pembunuh tentunya bukan sebarang wanita , tentunya dia tahu sedikit sebanyak ilmu pertahan diri dan sudah tentu bukan seorang pelatih penari ballet.

    Kaedah membunuh yang baru ini tentunya memberi ilham pada pembunuh upahan atau orang yang berniat nak bunuh orang. Dalam masa sama memberi kebimbangan pada orang yang rasa diri mereka bakal kena bunuh. Orang jahat yang ramai musuh tentu ngeri takut mereka kena bunuh dengan cara mudah begini.

    Negara tidak perlu dipopular dengan cerita orang luar dibunuh disini , kerana popularity begini bukan cara pengiklanan yang baik walau pun kejadian itu tidak bolih dianggap satu kejadian yang telah menjejaskan nama negara dan menjejaskan industry tourism. Tentunya tidak, malah kejadian ini bolih dikatakan sedikit sebanyak menaik nama negara dimata dunia.

    Sebab naiknya nama negara ialah atas kecekapan polis menangkap pembunuh dalam waktu yang paling singkat.

  2. system baru says:

    biasa korean utara akan guna pen jarum beracun untuk membunuh ,
    kalau tahu perempuan itu betul spy, polis akan keluar bukti senjata apa yg perempuan itu gunakan, kalau gunakan racun biasa yg ada di pasaran senang je kita nak pulihkan semasa orang itu di hospital putrajaya, tapi perempuan pasti guna racun di buat dengan teknologi korean utara.
    aku tak percaya perempuan itu akan guna kain beracun je pasti ada pen beracun dan pen pistol beracun

Leave a Reply