Menu Utama

Tun M anggap penerima BR1M, nelayan pengemis

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berterusan memburuk-burukkan inisiatif kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukan sekadar mendakwa bantuan tersebut sebagai rasuah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ketika berceramah di Kuala Kedah, dekat sini semalam turut menyifatkan penerima-penerima bantuan berkenaan umpama pengemis.

Malah Dr. Mahathir juga mempertikaikan bantuan sara hidup untuk nelayan di negara ini yang didakwanya cuba dimanipulasi untuk meraih undi walaupun ia dilaksanakan bukan sekadar pada musim pilihan raya umum (PRU).

“Kalau kita bagi duit BR1M hanya kerana nak dapat sokongan itu adalah rasuah, rasuah salah dan ditolak oleh agama Islam.

“Tambah bila bagi duit suruh orang pergi haji bukan niat baik tetapi buat kerja haji undilah kami bila niat tak kena tak jadi haji jauh sekali jadi haji mabrur.

“Kita dijadikan pengemis. Saya dengar nelayan dapat gaji? Orang Kuala Kedah, betul ka? Bot tak dapat dah, enjin pun tidak… dapatlah RM200, RM300,” dakwanya yang kembali berkongsi pentas bersama pemimpin DAP dan PKR pada program ber­kenaan.

Berceramah lanjut di pentas sama Dr. Mahathir turut membayangkan tidak mungkin wujud kerjasama pakatan pembangkang dengan Pas menjelang PRU nanti.

“Undilah komponen parti pembangkang sama ada Bersatu (PPBM), DAP, Keadilan (PKR) dan Amanah (PAN). Undilah mereka kerana dalam PRU kita akan letakkan calon sebagai parti campuran pembangkang,” katanya.

Utusan






2 Komen to Tun M anggap penerima BR1M, nelayan pengemis

  1. Perlis News says:

    […] via Tun M anggap penerima BR1M, nelayan pengemis — MYKMU.NET […]

  2. Baraq says:

    Tun Mahathir dah mula gelisah, RCI pasal scandal forex nk diadakan dlm masa terdekat, memsng habis terbongkar semua kegiatan haram dia ngan Daim. .., dan lagi satu anak dia si Mokhzani akan di siasat pasal ‘ insider trading’ saham Kencana Petroleum. ., habis lah legasi Mahathir, di beri hayat yg panjang oleh Allah, hanya untuk melihat keburukkan 22 tahun pemerintahan dia yg penuh tipu muslihat…, blm lagi nk ungkit penipuan masa pertandingan Presiden Umno melawan Tengku Razaleigh, menang tipu 43 undi…ramai ahli2 umno masa tahun 1987 tahu, tapi apa boleh buat..

Leave a Reply