Menu Utama

Skandal Forex: Dosa Ada Expiry Date Ka?

MANA-MANA negara dalam dunia pun kalau lesap duit rakyat  sampai berpuluh billion, pasti akan menerima kesan yang besar kepada ekonomi – bergantung kepada besar kecil ekonomi negara terbabit.  Kesan itu mungkin bukan serta merta tapi kena pasti kena.  Mana ada satu negara dalam dunia yang duitnya infiniti, korek macam mana pun tak habis?

Dalam konteks negara kita, kehilangan sehingga RM 30 billion (atau lebih) dalam perjudian Forex era 90an dibawah pentadbiran Mahathir dulu, sekarang kita rasa menjadi punca kepada krisis ekonomi 1997 yang di dalamnya bukan sahaja nilai matawang jatuh tapi pasaran saham jatuh, bank lingkup, syarikat lingkup, hutang tak berbayar tinggi, ramai rakyat hilang pekerjaan, pengangguran meningkat, kereta tersadai dan sebagainya.

Itu namanya krisis, semua benda buruk berlaku dalam masa yang sama, bukan satu atau dua sahaja seperti yang cuba digambarkan penyokong Mahathir sekarang..

Yang propa Mahathir selama berbelas tahun konon George Soros menjadi punca kepada krisis ekonomi tersebut, hanyalah lakonan saja, hakikatnya, seperti yang diakui Mahathir sendiri, Soros tidak terlibat kerana kita syak punca sebenarnya ialah rizab negara berkurang sehingga RM 30 billion atau lebih kerana perjudian Forex oleh Bank Negara.  Soros hanya kambing hitam untuk Mahathir melepaskan dirinya.

Atas sebab itu, kalau kabinet membuat keputusan hari ini agar siasatan dalam apa bentuk diadakan untuk menyiasat skandal tersebut, maka ia adalah keputusan yang tepat dan rakyat patut menyokong.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya penyangak yang melesapkan duit sehingga berpuluh billion atau penyangak mana yang membiarkan ‘kelesapan’ ini tidak disiasat seolah duit nenek moyang dia yang hilang tu – mana mana satu pun, dengan adanya siasatan ini, penyangak yang berkenaan akan dapat di kesan, sebab ada siasatan.  Soal lama ka baru kes ini, itu cerita lainlah, dosa mana ada expiry date!!

Diakhirnya, rakyat dalam PRU14 nanti akan buat keputusan nak menyokong penyangak yang pernah melesapkan duit negara sehingga berpuluh billion atau bersama kepimpinan hari ni dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak yang bukan sahaja tidak melesapkan satu sen pun duit rakyat, bahkan berjaya menghalang negara kita dari terjerumus dalam kemelesetan ekonomi.






3 Komen to Skandal Forex: Dosa Ada Expiry Date Ka?

  1. manjoi says:

    Setuju! RCI harus ditubuhkan! Macamlah USD10bill tu duit pusaka tok nenek dia punya. Paling tak puas hati bila tengok riak muka dan percakapan dia, langsung tak menunjukkan kekesalan! PM korup macam Madey harus bayar ‘tunai’ atas dunia ni!

  2. Perlis News says:

    […] via Skandal Forex: Dosa Ada Expiry Date Ka? — MYKMU.NET […]

  3. sman says:

    Sekiranya RCI tidak di bentuk dan tidak menyiasat berkaitan dgn kes BMF dan Kerugian forex trading BNM ni,hilanglah keyakinan dan sokongan saya terhadap PM Najib .Selemah-lemah Pak Lah pun beliau sanggup menubuhkan RCI bagi menyiasat kes ‘hakim korek,korek’ dan ‘IC biru utk pati di Sabah’ walau pun dgn terms of reference yg agak terhad,yg seolah-olah mahu menjaga air muka Mahathir.

Leave a Reply