Menu Utama

Siri pemberontakan ‘Dinasti Lim’

KEMELUT yang berlaku dalam DAP Melaka bukanlah suatu yang pelik. Inilah yang dikatakan ibarat berkokok keliling kampung, kata bersikap terbuka tetapi sebenarnya ekor bergelumang tahi.

Tindakan keluar parti empat pemimpin DAP Melaka, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri itu, Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) bukanlah keputusan yang dibuat secara drastik.

Perasaan tidak puas hati terhadap anak beranak ‘Dinasti Lim’ iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang seolah-olah ‘merajai’ kepimpinan parti, sudah lama terpendam. Dan baru-baru ini meletus bak lahar gunung berapi.

Realitinya, penentangan terhadap ‘Dinasti Lim’ tidak berlaku di Melaka sahaja. Melaka hanya salah satu negeri yang menunjukkan protes ber­kenaan.

Berikut antara kemelut dan krisis kepimpinan DAP di beberapa negeri sebelum ini termasuklah di Melaka empat tahun lalu. Di mana slogan ­Ketelusan, Akauntabiliti dan Kecekapan (CAT) yang dicanangkan Guan Eng?

1. Melaka

Pada 8 Oktober 2013, Leong San yang ketika itu Ketua Pembangkang DAP negeri meletak jawatan sebagai Ketua DAP Me­laka. Tindakan itu telah membuka pekung bahawa bukan setiap pemimpin dalam DAP sehaluan dengan `Dinasti Lim’. Ia mencetuskan dakwaan adakah DAP parti pertama di negara ini yang melancarkan gag order untuk melarang pemimpin dan ahli mereka bersuara?

Leong San meletak jawatan kerana pemimpin DAP memberi tekanan dalaman kepada beliau hanya kerana memuji ke­pimpinan Datuk Seri Idris Haron, Ketua Menteri Melaka yang baru mengalih pucuk pimpinan negeri. Apakah memuji pihak lawan juga adalah satu dosa besar dalam DAP? Dalam isu itu, Lim Jak Wong iaitu salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di Melaka turut meletak jawatan sebagai Ketua Whip Pembangkang negeri Melaka.

2. Johor

Pada April 2013, Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Johor masing-masing Dr. Boo Cheng Hau serta Norman Fernandez yang telah lama berbakti dalam perjuangan DAP di Johor mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding dalam pemilihan DAP akan datang.

DAP diibaratkan kacang lupakan kulit apabila sesuka hati membawa masuk Liew Chin Tong daripada Pulau Pinang ke Johor untuk mengurangkan kuasa pemimpin DAP yang sudah lama berjasa di Johor.

Chin Tong hanya berada dalam DAP Johor tidak kurang daripada enam bulan dan sudah ada suara yang hendakkan ­beliau menjadi Pengerusi DAP Johor untuk menggantikan pemimpin DAP Johor yang sudah berdekad lamanya ber­khidmat. Begitupun pemimpin DAP Johor, Ong Kow Meng menentang kepimpinan Cheng Hau kerana dikatakan mengamalkan kronisme. Cheng Hau pula tidak gembira dengan kronisme kepimpinan DAP pusat. ­Bagaimanapun timbul persoalan, bukankah keadaan itu hanya membuktikan DAP sebenarnya sebuah parti yang juga banyak isu kronisme berleluasa?

3. Kedah

Sekitar Disember 2013, Pe­ngerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik membangkitkan rasa ti­dak puas hati beliau terhadap ­kepimpinan Guan Eng dalam DAP apabila dikatakan ­menggunakan kuasa autokratik dan diktatornya untuk melantik Zairil Khir Johari menjadi pengerusi DAP negeri. Tindak tanduk DAP waktu itu dicap parti demokrasi yang paling diktator apabila menolak Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah yang menang melalui pemilihan ­negeri manakala Zairil dipilih hanya berdasarkan atas faktor lantikan CEC DAP.

Sistem demokrasi DAP berbeza dengan MCA iaitu dalam MCA, pemimpin negeri sememangnya tertakluk dengan perlembagaan parti dan atas bidang kuasa Presiden Parti untuk me­lantik kepimpinan negeri. DAP pula berdasarkan kepada pemi­lihan negeri dan CEC DAP sendiri sanggup membelakangkan perlembagaan dan demokrasi parti dalam isu lantikan Zairil selaku Pengerusi DAP Kedah.

Oleh itu, perjuangan Buku Jingga dan dasar DAP bersama Pakatan Rakyat yang mengatakan mereka akan menghormati dan menjunjung Perlembagaan negara harus dipertikaikan. Ini kerana perlembagaan parti sendiri pun tidak mampu dijunjung apatah lagi Perlembagaan negara sekiranya mereka menang?

4. Sabah

Pada September 2013, Penasihat DAP Sabah, Dr. Hiew King Cheu meletakkan jawatannya dan keluar DAP. Hanya ke­rana pilihan Ketua Pembangkang DAP adalah Datuk Wilfred Bumburing manakala King Cheu secara peribadi menyokong Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah.

Bagaimanapun pemimpin DAP mahu menghadapkan King Cheu dalam lembaga disiplin DAP. Parti politik demokratik mana di dunia ini yang akan melaksanakan tindakan disiplin dalaman terhadap pe­mimpin mereka hanya kerana pemimpin tersebut menyokong calon ketua pembangkang yang berbeza? Apakah maksud demokrasi sekiranya pemimpin DAP sendiri tidak diberi pilihan untuk menyokong mana-mana calon yang mereka suka?

5. Selangor

ADUN DAP Teratai, Jenice Lee pada pemilihan sebelum ini dan sebelum beliau dipecat pada April 2013 adalah pe­mimpin DAP Selangor yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP Selangor. Namun dikatakan kebangkitan Jenice di Selangor dipercayai akan mengancam kuasa pemimpin tertentu di negeri tersebut dan telah dipecat serta tidak diletak sebagai calon DAP dalam ­pemilihan parti yang terbaharu.

Di manakah logik dan rasional sekiranya seorang pemimpin DAP negeri yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan negeri parti tidak diletak sebagai calon dalam pilihan raya dan akhirnya dipecat? Jenice mendakwa, keseluruhan DAP dikuasai oleh Kit Siang bersama anaknya iaitu Guan Eng selain Karpal Singh (mendiang) dan Tan Kok Wai. Keseluruhan parti DAP dikatakan dikuasai dan diketuai oleh empat pemimpin terbabit.

Zulkifli Jalil
Utusan






Leave a Reply

Threesome