Menu Utama

Realiti TN50 Digeruni Pakatan Harapan

SEMUA rakyat Malaysia tahu bahawa Parti Amanah Negara(PAN) merupakan serpihan PAS yang ditubuhkan atas kehendak parti DAP yang dilihat memusuhi orang Melayu dan Islam sejak dahulu lagi. PAN boleh dikatakan tidak mempunyai visi  dan misi yang kuat.

Dasar perjuangan mereka terlalu ampuh memandangkan kebergantungan melampau terhadap DAP. Oleh itu, amat melucukan apabila Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil menyifatkan dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Semua pihak tahu bahawa janji yang dilafazkan oleh Barisan Nasional(BN) merupakan janji yang ditepati samada lambat atau cepat bergantung kepada kekangan masa. Bukan gaya BN menabur janji bulan bintang yang tidak mungkin dapat dikotakan. Setiap dasar yang dibuat berpaksikan kepada pelaksanaan yang mampu membawa perubahan positif kepada rakyat Malaysia.

Kita semua tahu bahawa pentadbiran BN begitu dekat dihati rakyat. Malah proses pelaksanaan dasar dibuat jauh lebih telus dan jujur jika dibandingkan dengan zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika kita membandingkan dengan pemerintahan DAP di Pulau Pinang, kejujuran dan ketelusan yang ditunjukan oleh BN bagai langit dengan bumi dengan parti chauvanist tersebut. Ketua Menteri Pulau Pinang kini sedang berdepan dengan dakwaan salahlaku jenayah berkenaan pembelian banglo milik beliau serta pengambilalihan Taman Manggis yang amat meragukan. Pembelian banglo pun beliau gagal bersikap telus apatah lagi dengan pentadbiran negeri Pulau Pinang.

TN50 diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib semasa pembentangan Bajet 2017. Ia merupakan gagasan kesinambungan kepada dasar terdahulu bagi membentuk negara bangsa Malaysia yang berwibawa serta berminda cemerlang. TN50 akan menggerakkan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana nasional.

Segala tohmahan Faiz nerkenaan hutang negara serta kedaulatan negara menunjukan beliau sekadar membaca skrip DAP semata-mata tanpa mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan hal ehwal ekonomi negara dan ekonomi dunia.

Jika kita bercakap berkenaan anak muda, kita boleh lihat dalam beberapa siri perhimpunan Bersih yang didalangi pembangkang yang diketuai DAP jelas menunjukan bagaimana anak muda menjadi mangsa yang dirosakan masa depan agar tidak fokus kepada pelajaran serta pembangunan modal insan yang sebenar-benarnya.

Masa di pusat pengajian tinggi yang cukup berharga dibuang begitu sahaja dengan melakukan pekerjaan sia-sia dan menyalahi peraturan dan undang-undang. Dengan kata lain, DAP tidak akan mampu membawa anak muda ke gerbang kemajuan dan kejayaan sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.






Satu Komen to Realiti TN50 Digeruni Pakatan Harapan

  1. Perlis News says:

    […] via Realiti TN50 Digeruni Pakatan Harapan — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome