Menu Utama

#PRKTJGDATU: Watson Nyambek, Berbudi Dan Membalas Budi

“The Flying Dayak”, itulah gelaran kepada raja pecut tanahair suatu ketika dahulu, yang sedar tidak sedar, rekod yang dipegangnya mengambil masa selama 17 tahun sebelum lebur di tangan pemegang rekod semasa Mohd Khairul Hafiz dari Melaka.

Di julang sebagai manusia terpantas tanahair, namanya telah mengharumkan Sarawak. Namun begitu, beliau tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak lari dari ditimpa musibah. Diisytiharkan muflis kerana membuat pinjaman untuk membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap barah telinga, kisah hidupnya menjadi serba suram.

Di sinilah keprihatinan Tok Nan, yang ketika itu tampil memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bukan itu sahaja, Watson juga dihadiahkan sebuah rumah teres untuknya yang pada ketika itu masih menyewa di Miri.

Ketika pengkebumian Allahyarham Tok Nan, Watson sanggup memandu sejauh 807 kilometer selama12 jam semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin kesayangan Sarawak itu. “Jiwa saya tidak tenang jika saya tidak berbuat demikian”, begitulah antara maksud kata-kata Watson apabila ditanya.

Kali ini, pada Pilihanraya Kecil Tanjong Datu, Watson sekali lagi mengharungi perjalanan jauh demi untuk bertemu Puan Sri Jamilah Anu dan difaham akan turut serta di dalam kempen untuk calon BN itu sebagai membalas jasa arwah suaminya yang pernah membantunya menyelesaikan masalah hutang dengan bank pada tahun lalu.

Begitulah sikap kita orang Timur, yang tahu membalas budi. Waima budi Watson dalam mengharumkan nama Sarawak di pentas olahraga cukup besar, ia tidak sekalipun membuat dirinya lupa asal usul, serta siapa yang pernah membantunya ketika di dalam kesusahan.

Sikap berterima kasih, bersyukur dan mengenang budi inilah yang semakin terhakis, gara-gara amalan politik kebencian yang sering digunakan oleh pihak-pihak tertentu. Akhirnya, apa jua yang kerajaan lakukan adalah salah, sekalipun dalam kebanyakkan keputusan yang kerajaan buat itu sangat menguntungkan rakyat, seperti BR1M contohnya.

Nilai murni yang ditunjukkan oleh Watson seharusnya menjadi teladan kepada semua. Sikap berbudi dan membalas budi, akhirnya dapat membina ukhwah dan toleransi yang tinggi di kalangan rakyat.






Satu Komen to #PRKTJGDATU: Watson Nyambek, Berbudi Dan Membalas Budi

  1. Perlis News says:

    […] via #PRKTJGDATU: Watson Nyambek, Berbudi Dan Membalas Budi — MYKMU.NET […]

Leave a Reply