Menu Utama

#PRKTjgDatu: Lawatan PM, Bukti Tidak Ada Apa Yang Dipandang Ringan

DI ATAS kertas, pilihanraya kecil Tanjong Datu, Sarawak 18hb depan, adalah mudah untuk BN memenanginya.  Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kegagalan parti-parti komponen Pakatan untuk meletakkan calon di kawasan tersebut disebalik 93.4% cybertroopers mereka menguasai media sosial.

Sedar pulak tak semua perkara ditentukan oleh banyaknya like dan share.

Lagipun, kawasan itu semasa disandang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, kebajikan rakyat sentiasa berada dibawah perhatian arwah, tak hairan kehilangannya begitu dirasai penduduk di kawasan itu dan dengan pencalonan isteri arwah, Dato Amar Jamilah Hj Anu atau Kak Milah, perancangan arwah untuk kemajuan dan kebajikan rakyat di kawasan itu dapat diteruskan.

Hanya dengan mengambil faktor ini sahaja, sukar untuk mana-mana parti pembangkang memberikan saingan kepada BN dalam pilihanraya kecil ini – pedulilah berapa ramai cybertroopers di media sosial pun.  Sebab itu di awal tadi penulis katakan di atas kertas, BN tidak ada masalah untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nampaknya tidak memandang mudah pertandingan di Tanjong Datu.  Ini dibuktikan dengan lawatan beliau yang ke 52 kali di Sarawak, antara lain untuk meninjau perjalanan kempen BN di Tanjung Datu.  Seperti mana biasa, dimana juga beliau pergi, ribuan rakyat menyambut dan ingin bersalam dengan beliau.

Secara langsung membuktikan Perdana Menteri bukanlah seorang yang suka mengambil mudah akan sesuatu perkara.  Justeru amat tidak masuk akal bagi sesiapa memandang setiap keputusan yang dibuat pentadbirannya, Perdana Menteri tidak memikir terlebih dahulu buruk baiknya terhadap rakyat dan negara jika dilaksanakan.  Memang mustahil untuk memuaskan hati semua orang tapi jika ada pun kesan negatif, impaknya tidaklah seburuk yang dipropakan pembangkang dan sekutu mereka, Mahathir.

Dan lawatan Perdana Menteri ke Tanjong Datu ini adalah bukti kepada kenyataan di atas.






Satu Komen to #PRKTjgDatu: Lawatan PM, Bukti Tidak Ada Apa Yang Dipandang Ringan

  1. Perlis News says:

    […] via #PRKTjgDatu: Lawatan PM, Bukti Tidak Ada Apa Yang Dipandang Ringan — MYKMU.NET […]

Leave a Reply