Menu Utama

#PRKTJGDATU : Apa Masalah Pun Jika Calon BN Adalah Isteri Allahyarham Tok Nan?

Tanjong Datu bukanlah asing kepada Datuk Amar Jamilah Anu, apatah lagi beliau sering mengikuti arwah suaminya ke program-program bersama rakyat. Selok belok, tatacara dan budaya di Tanjong Datu sangat dekat di hati beliau.

Tipikal pembangkang di Malaysia, kalau tidak cuba mencari helah dan salah, memang tidak sah. Asal untung kepada mereka, maka cepat-cepatlah guna apa juga hujah untuk menafikan apa yang kerajaan Barisan Nasional telah lakukan dan sumbangkan. Bab yang menguntungkan rakyat seperti Bajet, tidak pula menyokong. Sudahlah tidak menyokong, selepas itu tahu pula minta bajet dari kerajaan pusat. Tak tau malu, walhal tuduh bajet tidak realistik segala bagai.

Membaca komentar-komentar pembangkang di media sosial, seolah-oleh mencalonkan isteri kepada penyandang terdahulu adalah kesalahan besar. Lebih lucu, ada pula yang menuduh Barisan Nasional adalah perintis kepada strategi tersebut berikutan pendekatan yang sama diambil sewaktu Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar.

Mungkin mereka lupa, Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 menyaksikan DAP meletakkan Irene Mary Chang Oi Ling di N.51 Bukit Assek, isteri kepada mendiang Wong Ho Leng, ADUN Bukit Assek sebelum itu.

Siapa pula yang menggantikan Anwar Ibrahim apabila kerusi Permatang Pauh dikosongkan berikutan dijatuhkan hukuman atas kesalahan liwat pembantu peribadinya?

Kalau hendak berbicara soal kronisma dan nepotisma pula, rasanya elok penyokong pembangkang lihat dan kenali satu-persatu latarbelakang pimpinan DAP dan PKR. Sudah terang lagi bersuluh!

Kalau pun hendak cuba mempertikai calon lawan, cari sahaja isu lain. Hakikatnya, ketika mencalonkan calon masing-masing, pasti akan ada hujah yang digunapakai untuk menerangkan kenapa keputusan tersebut dibuat sebagai strategi politik.

Nampak sangat pembangkang ketandusan isu!






Satu Komen to #PRKTJGDATU : Apa Masalah Pun Jika Calon BN Adalah Isteri Allahyarham Tok Nan?

  1. Perlis News says:

    […] via #PRKTJGDATU : Apa Masalah Pun Jika Calon BN Adalah Isteri Allahyarham Tok Nan? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply