Menu Utama

PRK TjgDatu: Kalau Dapat 6,573 Undi Dikira Simpati, Yang Dapat 108 Undi Tu, Apa Pulak?

PAKATAN Harapan dan sekutunya Pribumi cukup tidak senang duduk dengan kemenangan BN di PRK Tg Datu Sabtu lepas.  Maklum sajalah, banyak buruk yang dikatakan tentang Perdana Menteri dan kerajaan BN hari ini tapi diakhirnya, BN yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak, menang besar juga.

Mana tak sakit hati puak-puak ni.

Itu yang seboleh-bolehnya puak puak ini mengelak untuk bercakap tentang hal itu, sehingga ada yang tergamak menampakkan kebodohan diri sendiri.  Seperti kenyataan seorang penyokong Mahathir yang mempolitikkan kemalangan berbasikal di Johor Bahru sehingga mengorbankan 8 nyawa.

Kalau pun ada yang cuba mengulas tentang kekalahan pembangkang di pilihanraya kecil tersebut, cuba mengaitkan kemenangan BN itu dengan undi simpati.  Kononnya calon BN, YB Datuk Amar Jamilah Hj Anu mendapat undi simpati daripada rakyat, bukan sebab BN benar-benar kuat.

Pertama nak sentuh, Pakatan Harapan dan Pribumi, di sebalik semua cakap besar mereka, tak letak calon pun dalam PRK tersebut.  Kedua, dengan macam mana orang yang dapat 6,573 undi boleh dikatakan mendapat undi simpati? Kalau 6,573 undi tu undi simpati, yang pembangkang masing-masing dapat 130 dan 108 undi tu nak dikatakan undi apa pulak?

Sepatutnya, undi yang pembangkang dapat itulah undi simpati.  Gila apa, dari keseluruhan 6,879 undi yang dibuang, 6,573 undi sahaja pergi kepada calon BN, bakinya tu dapat kepada pembangkang (selebihnya undi rosak), undi simpati apa macam itu?

Bawak-bawaklah menerima hakikat ini (kalah sebab merit) sebab dalam PRU14 nanti; melihat kepada situasi sekarang Pakatan sekarang, akan berganda-ganda lebih teruk kekalahan yang Pakatan akan dapat.  Jenuh nak tentu mana satu simpati mana satu tidak nanti.






Satu Komen to PRK TjgDatu: Kalau Dapat 6,573 Undi Dikira Simpati, Yang Dapat 108 Undi Tu, Apa Pulak?

  1. Perlis News says:

    […] via PRK TjgDatu: Kalau Dapat 6,573 Undi Dikira Simpati, Yang Dapat 108 Undi Tu, Apa Pulak? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply