Menu Utama

Pemilihan Gabenor Jakarta 2017: Ahok Tidak Sekuat Yang Digambarkan

Jakarta Pusat- Tampak berdasarkan kiraan awal semacam pasangan Anies Baswedan-Sandiaga Uno mampu menyeret pasangan calon pilihan dan penyandang jawatan Ahok-Djarot ke putaran kedua untuk Pemilihan Gubernor Jakarta.

Untuk mengelak putaran kedua, salah satu pasangan harus mendapat undi lebih 50%. Namun berdasarkan “quick count” beberapa media termasuk yang pro-Ahok selisih kedua-dua pasangan ini sekitar 2-3 %. Ahok-Djarot mengusai sekitar 43%, manakala Anies-Sandi sekitar 40%, sedangkan Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni sekitar 17%.

Namun keputusan Pilkada Gubernur Jakarta ini tidak akan diketahui pada hari ini seperti pilihan raya umum di Malaysia. Ia dijangka diumumkan secara rasmi pada hujung Februari atau awal Mac nanti.

Namun kiraan “Hasil hitung cepat sementara” berdasarkan persampelan dijangka membero gambaran yang tidak jauh daripada pola pengundian sebenar. LitbangSetahun lalu semua beranggapan pasangan calon gubernur (Gabneor)-wakil gubernur DKI Jakarta nomor dua, Basuki Tjahaja Purnama-Djarot Saiful Hidayat, akan menag mudah berdasarkan populariti Ahok di kalangan media massa utama Indonesia.

Sosok Ahok yang mewarisi imej baik Jokowi telah menang dalam penggal pertama Gabneor Jakarta yang lalu. Maka kali ini dengan pengecilan berita-berita kurang enak, serta pembesaran gagasan-gagasan pentadbiran tegas dan bersih Ahok, beliau dijangka menang satu pusingan sahaja.

Namun pengumuman Anies Baswedan bekas Menteri Pendidikan Indonesia untuk mencabar Ahok pada Jun tahun lalu telah mencorakkan senario yang baharu. Sosok Anes dilihat mampu memberi pilihan lain di kalangan pengundi Jakarta. Kemasukan Agus Yudhoyono sebagai calon ketiga tambah memeritkan Ahok untuk meraih sokongan 51% untuk mengelak putaran kedua.

Namun Ahok masih dianggap calon popular sehinggalah beliau mula mengkritik ulama Islam yang beranggapan orang Islam harus memilih pemimpin Islam jika punya pilihan yang baik. Ahok sebagai seorang penganut Kristian telah mengkritik tafsiran surah al-Maidah sehingga menimbulkan kemarahan orang Islam seluruh Indonesia.

Beberapa rapat umum besar-besaran telah diadakan dan akhirnya Ahok berhadapan pertuduhan menghina Islam di Mahkamah. Namun kaji selidik yang dilakukan masih menunjukkan Ahok akan menang dalam satu putaran atau pusingan pemilihan sahaja.

Sehingga beberapa minggu lalu sebahagian besar media massa Indonesia masih menyokong Ahok walaupun beliau membuat kesilapan kedua apabila peguam beliau mendakwa ada rakaman perbualan antara Ketua Umum Partai Demokrat Susilo Bambang Yudhoyono dengan Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Maaruf Mukmin dalam usaha mengaitkan Ahok dalam pertuduhan menghina agama Islam.

Ini menimbulkan kontroversi sama ada pasukan Ahok melakukan pengintipan telefon ke atas pemimpin politik lain. Ini merupakan tindakan jenayah jika terbukti berlaku. Ini menimbulkan kemarahaan Susilo Bambang dan mahukan penjelasan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo sama ada kerajaan mengintip perbualannya.

Namun peguam Ahok, Humprey Djemat pantas menjelaskan mereka disalah tafsir. Mereka mendakwa ada komunikasi bukannya rakaman.

Sokongan medai besar terhadap Ahok membolehkan isu ini diputar ke arah salah Susilo Bambang. Banyak kartun, analisis dan komentar menyindir Bambang sebagai jika tidak bersalah kenapa takut. Hakikatnya jika ia berlaku kepada pemimpin lain, pasti media Indonesia akan menganggap ia merupakan pencerobohan privasi dan perlakuan jenayah.

Apa pun kontroversi kedua ini, sungguhpun diperbetulkan oleh pasukan Ahok, menambahkan kemarahan orang Islam ke atas Ahok. Mereka menganggap “tuduhan” bahawa Ketua Ulama Indonesia cuba mengenakan Ahok dalam kasus perbicaraan penghinaan agama ini merupakan satu lagi serangan kepada institusi Islam.

Jika dapatan “quick poll” seperti ini diterjemahkan dalam keputusan pengundian nanti, akan berlaku Pilkada putaran kedua hanya membabitkan dua pasangan teratas Ahok-Djarot dan Anes-Sandi.

Berdasarkan kemarahan Bambang Susilo ke atas kumpulan Ahok, dijangkan pasangan Agus – Sylvi akan memberi sokangan kepada Anes-sandi. Secara matematik jika ini berlaku, putaran kedua mungkin akan menyaksikan Ahok-Djarot akan kalah.

Jika ini berlaku ia merupakan kejutan terbesar dalam pilihan raya Indonesia pasca-reformasi.-MYKMU.NET






Leave a Reply

Threesome