Menu Utama

Pakatan+Pribumi Sibuk Nak Pertahan Suku Sakat Sendiri Saja Nampaknya

KENYATAAN Azizah yang memandang rendah Ketua Pribumi Bahagian Langkawi yang baru (lantik diri sendiri), Mahathir dalam pertemuan 40 minit dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tempoh hari mengesahkan lagi hakikat bahawa masih banyak yang belum settle lagi antara 2 orang ini pemimpin pembangkang yang kononnya bekerjasama ini.

Azizah, ketika diminta mengulas pertemuan itu mengambil sudut yang lebih kurang maksudnya – kalau Mahathir hebat sangat dalam hal menyatukan pembangkang, takkan dia berjumpa Anwar.  Sebab tak hebatlah berjumpa tu.  Dalam erti kata lain, Mahathir tak hebat sangatlah.

Ramai penyembah tak suka bunyi cakap Azizah ni.  Mahathir segalanya boleh tau, mana ada kekurangan sama sekali.

Tapi hairanlah, kenapa Azizah pilih angle tu, ramai orang berkata pertemuan itu bukan tentang penyatuan pembangkang tapi bagaimana Mahathir boleh menggunakan Anwar untuk menyelamatkan dirinya kalau Suruhanjaya Diraja ditubuh untuk menyiasat skandal Forex yang menyaksikan berbillion duit negara lesap antara 1989-1994.

Penyatuan pembangkang apa kena mengenanya?  Orang katalah ni, bukan penulis kata.

Apa pun, jelas dari kenyataan itu,  yang penting kepada Azizah ialah bagaimana untuk menjadikan Anwar terus relevan disebalik pelbagai kesalahan yang telah dilakukannya sehingga dipenjara kerana salah guna kuasa dan liwat.

Jadi inilah bentuk pembangkang yangk kita ada sekarang, Azizah nak suaminya terus relevan, Mahathir nak anaknya terus relevan, Kit Siang pun lebih kurang macam itu juga sehingga 4 wakil rakyat DAP keluar parti kerana tidak bersetuju dengan anaknya pun, Kit Siang buat tak peduli saja.

Semua nak jaga suku sakat masing-masing ni apahal, kepentingan rakyat letak mana?






Satu Komen to Pakatan+Pribumi Sibuk Nak Pertahan Suku Sakat Sendiri Saja Nampaknya

  1. Perlis News says:

    […] via Pakatan+Pribumi Sibuk Nak Pertahan Suku Sakat Sendiri Saja Nampaknya — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome