Menu Utama

Pakatan Harapan Menjual Mimpi Indah

Kerja-kerja menjual mimpi indah sudah bermula. Itu makna pilihan raya sudah dekat.

Dalam satu forum dengan rakyat Pakatan Harapan menjanji pendidikan IPTA percuma. Selangor sudah beri percuma?

Dalam forum dengan peniaga cina pula, mereka mahu kecilkan saiz perkhidmatan sektor awam. Mereka tahu peniaga Cina tidak peduli kakitangan kerajaan hilang jawatan kerana kebayakan mereka bukan penyokong DAP.

Justeru Kakitangan awam yang masih menyokong Pakatan elok letak jawatan supaya membantu merealisasikan hasrat Pakatan mengecilkan saiz sektor awam.

Perkhidmatan Awam di negara ini sangat meluas ia turut merangkumi Polis, tentera, bomba, perkhidmatan kesihatan dan Institut Pengajian Awam.

Justeru jika hendak kecilkan perkhidmatan awam maknanya kena kurangkan IPTA juga. Kalau sudah Universiti tinggal dua sahaja boleh sangat bagi percuma sahaja. Apatah lagi kalau kerajaan buang sahaja 50 peratus kakitangan awam yang ada sekarang.

Memang enak mendengar janji yang muluk-muluk tanpa memahami implikasi sebenar.

Hakikatnya, mimpilah kamu orang muda mahu pendidikan tinggi percuma jika Pakatan menang. Selangor negeri terkaya, konon bajet “surplus” pun, masih tidak mampu percumakan Universiti Selangor.

Lagi pun apa guna kita mimpi universiti percuma jika tidur sering diganggu aedes.






Satu Komen to Pakatan Harapan Menjual Mimpi Indah

  1. Perlis News says:

    […] via Pakatan Harapan Menjual Mimpi Indah — MYKMU.NET […]

Leave a Reply