Menu Utama

“Muhyiddin, Pulanglah Ke Pangkal Jalan”

Kadang-kadang, keikhlasan itu hadir tanpa disedari. Semurni pelangi, biasannya mencerminkan keindahan semula jadi, dan bukannya palsu atau rekayasa.

Begitulah yang terjadi kepada mantan timbalan presiden UMNO, apabila memuji UMNO dan Barisan Nasional sebagai hebat dalam mentadbir negara ini sehingga menjadi negara Islam yang maju dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Kenyataan tersebut dibuat atas kapasitinya selaku seorang presiden parti pembangkang, dan tentu ia cukup mengejutkan. Apakah ini petanda bahawa wujud ketidakpuasan hati beliau kepada “master of puppet” yang mengawal PPBM? Cakap-cakap politik bahawa Muhyiddin hanyalah boneka sementara Mukhriz dipersiapkan sebagai teraju utama bukanlah perkara baharu. Tunku Aziz sebelum ini pernah membongkar “the real deal” yang merujuk kepada dua entiti antik politik Malaysia berhubung persiapan masa hadapan PPBM.

Tentunya ramai yang berasa sedih dengan keadaan Muhyiddin sekarang, terutamanya veteran politik. Jika sebelum ini beliau mendakwa tidak boleh menjadi tunggul di dalam UMNO, ia lebih menyayat hati melihat betapa unggulnya “ketunggulan” Muhyiddin di dalam PPBM. Di manakah terletaknya maruah seorang presiden parti apabila parti itu direncanakan oleh orang lain?

Kekuasaan Allah itu tidak terbatas, dan petunjuk serta hidayahNya diberikan kepada hamba-hambanya dalam pelbagai bentuk. Itu pun jika si penerima mahu berfikir.

Apa yang Muhyiddin perlu tahu, beliau masih punya masa untuk kembali ke pangkal jalan. Akui kesilapan, dan berehatlah dengan aman dari terus ditunggangi oleh individu yang tidak puas berkuasa selama 22 tahun.

Pulanglah Muhyiddin…






3 Komen to “Muhyiddin, Pulanglah Ke Pangkal Jalan”

  1. Memang Baik says:

    Midin mantan timbalan president Umno bukan mantan president. Tak kisah mantan apa pun, tapi kita lihat apa yang midin sedang buat sekarang ialah menghidupkan sesuatu yang tidak akan boleh bertahan lama. Sebagaimana Ku Li dengan S46nya hampir 3o tahun lepas juga diramal tidak mampu bertahan sejak dari awal penubuhannya lagi. S46 dilihat lebih hebat dari parti bunga raya. sekarang ini kerana bunga raya terlalu jelas tonjolkan diri sebagai party dua beranak yang menggunakan sesaorang ala Goh Chok Tong di Singapura.

    Namun Goh CT memang lakukannya dengan ikhlas, tapi midin kita tak rasa dia akan terus ikhlas. Midin perlu satu platform untuk rehatkan ponggongnya, lalu duduklah dia dalam bunga raya. Ini kerana dia tidak duijemput PAS, tidak pula dilamar DAP, jauh sekali PKR.

    Midin rasa diri hebat. tetapi jelas dia tidak hebat tatkala dia disingkir, kerana Midin menangis sendirian tanpa teman. Sukar untuk digambar bahawa Midin mungkin berpatah balik. Tetapi ini cerita politik. Yang kelakar, yang kejam, yang tak lojik dan tak masok akal pun boleh berlaku. kadang2 dalam politik cuma orang gila saja sanggup lakukan sesuatu perkara atas nama politik , Namun atas landasan kerjaya politik sesaorang , giler, sewel, tak siuman semua sudah berlaku.

  2. Perlis News says:

    […] via “Muhyiddin, Pulanglah Ke Pangkal Jalan” — MYKMU.NET […]

  3. Baraq says:

    Balasan buat midin, padan muka, manusia sombong, sepatutnya najib awal2 dan humban midin dlm tong sampah, jenis suka tikam kawan dari belakang…

Leave a Reply

Threesome