Menu Utama

Mahathir mengkritik Himpunan RUU 355

Himpunan 355 untuk raih undi – Tun M

Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Himpunan Rang Undang-undang 355 yang dihadiri ribuan umat Islam di Padang Merbok di sini semalam sebagai platform Pas untuk meraih undi.

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan, tujuan himpunan berkenaan untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 menjadi salah apabila ia bercampur aduk dengan kepentingan politik.

“Dalam Islam niat amat penting. Kalau niat nak menang pilihan raya, itu dah salah. Tapi kalau niat nak majukan Islam, baik. Tapi nampaknya niat (himpunan) untuk politik, jadi dah salah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Cheras hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menegaskan beliau menolak usul penambahbaikan itu yang merangkumi hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan syariah tidak lebih 100 kali kerana Islam memberikan keadilan kepada semua pihak.

“Ini nak sebat 100 kali, mati lah. Kalau masuk penjara 30 tahun, habislah riwayat dia. Ini bukan cara Islam.

“Cara Islam adalah adil dan bertimbang rasa,” katanya yang menjelaskan dalam sesebuah negara, undang-undang yang sama perlu dikuatkuasakan kepada semua rakyat.

Walaupun lantang mengkritik Pas, nada Dr. Mahathir berubah apabila mengulas cadangan kerjasama parti itu dengan PPBM.

“Kita bagi satu bulan, kalau mereka tak mahu memikir, kita bagi satu bulan juga. Mungkin pada hujung bulan mereka tukar fikiran. Tapi pecah-belahkan orang Islam adalah dilarang oleh agama,” katanya.

Utusan






4 Komen to Mahathir mengkritik Himpunan RUU 355

  1. Baraq says:

    Berbelit belit dia cakap, jgn lidah tersimpul biawak..

  2. Memang Baik says:

    Kita setuju segala hal keagamaan tidak boleh di campur adukkan dengan politik. Jika berarak untuk berselawat dan berzikir bagi memperolihi redha Allah dan menambah ketaqwaan ummah terhadap Dia sang Pencipta, menjadi salah jika dalam masa sama berharap memperolihi popularity politik, melaluinya . Kita setuju dan sokong. Namun kita nak tanya M… bahawa segala apa yang dia buat selama ini mengikut lunas sebenar agama dan diredha Allah ke. Dia buat kerja mengikut sunnah ke ? Harus diingat sunah baginda Rasul terbahagi 2. Satu yang dikerjakan oleh baginda dan kedua yang disuruh oleh baginda, walau mungkin baginda sendiri tidak kerjakan. Namun tetapmenjadi sunnah yang perlu diikut kerana itu yang diosarankan oleh Baginda, insan agong , takzim.

    Kita terasa kekok jika dengar M bersarah tentang agama. Kita bukan berprasangka buruk atau memandang tendah terhadap M tentang tentang kemampuan dia dalam soal ibadah atau hukum halal dan haram. Tapi kita tetap menuntut kelaziman pada insan berumur 92 tahun lebih banyak masa dihabiskan untuk mengerja yang wajib dan rawattib serta segala sunat2 yang lain. Kita tuntut bahawa dalam umur begitu M seharusnya mulakan hari seawal pukul 4 pagi bertahajjud, taubah dan hajat.

    Kita tak kata dia tak buat…. tapi kita jadi kurang yakin jika sesaorang yang bertahajjud awal pagi … mula mengutuk orang bila matahari mula baik hingga tenggelam.

  3. Perlis News says:

    […] via Mahathir mengkritik Himpunan RUU 355 — MYKMU.NET […]

Leave a Reply