Menu Utama

Legitimasi Penguasaan DAP Dalam Pentadbiran Negara?

Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Ra­zali mendakwa DAP akan mempergunakan parti-parti Melayu yang bersekutu dengan mereka untuk memberi legitimasi kepada penguasaan DAP dalam pentadbiran negara.

Perkara sedemikian sudah lama diduga oleh ramai pemerhati politik, dan sudah tentu ianya bukan rahsia kepada yang mahu berfikir secara rasional.

DAP tahu, mereka sudah mampu menguasai undi dari kalangan liberal dan sekular Melayu, apatah lagi dari kalangan bukan Melayu. Ini adalah teras mereka, dan kekuatan ini dijadikan sandaran untuk mencatur politik mereka. Lucu jika anda percaya bahawa DAP itu minoritas, dan tidak mampu menguasai negara.

Timbang taranya mudah, waima bukan majoriti, tetapi dengan kekuatan yang ada, mereka mempunyai “bargain power”. Sedang parti-parti yang mewakili orang Melayu berpecah-pecah menjadi suku-suku, DAP kekal dengan kekuatannya, menanti dengan sabar siapa yang mahu membentuk kerajaan pasti terpaksa “bergabung” dengannya. Bergabung itu ada “harga” yang perlu dibayar oleh pihak satu lagi.

Itu antara teknik yang diamalkan mereka sejak sekian lama, pecah dan perintah. Semakin berpecah wakil orang Melayu, semakin kuat kuasa tawar menawar DAP. Oleh yang demikian, jangan hairan kenapa DAP cuba membuat hubungan dengan semua parti politik berstatus serpihan waima dengan PPBM yang diketuai oleh Mahathir. Di kalangan parti serpihan ini pula, siapa majoriti?

Masih tidak mahu mempercayai strategi DAP ini mampu mengangkat mereka di pentas politik tanahair? Baik, terangkan pula bagaimana satu parti sekular seperti DAP mampu bekerjasama dengan sebuah parti Islam (PAS) sebelum ini. Siapa yang sangka? Politik adalah “the art of possibility”. Mahathir intim dengan Kit Siang, siapa terduga perkara ini boleh berlaku?

Ikhtibar yang boleh diambil dari tahaluf siyasi DAP dan PAS, bagaimana PAS terpaksa mengorbankan prinsip dan matlamat asalnya seperti hudud dan negara Islam, sedang DAP kekal dengan prinsipnya. Bukankah itu bermaksud DAP yang menguasai?

Itu hanya sebahagian dari taktik DAP berpolitik, selain merekrut orang Melayu dan India serta diberikan pula publisiti besar-besaran seolah-olah mereka bakal memimpin DAP di masa hadapan. Jika dilihat dari senarai Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP pula, senarionya berubah seratus peratus.






3 Komen to Legitimasi Penguasaan DAP Dalam Pentadbiran Negara?

  1. manjoi says:

    Melayu screw Melayu. Dulu PAS adalah antara ‘jalang’ yang digunakan oleh DAP sementara yang terbaharu adalah parti aboriginal Madey serta Zaid.

  2. Memang Baik says:

    Mantan mula kecut perut apabila sekutu dia menyatakan dengan jelas bahawa dia jugak sokong untuk RCI ditubuhkan bagi menyiasat BNM serta kerugian BMF yang selama ini di tutup rapat. Janganlah cakap dia tak kisah siasatan dijalankan sedangkan dia dan Daim waktu itu raja dari segala raja yang bermaharaja lela. Tanpa itu semua dari mana datang 100B + 60B yang berada ditangan proxi dan juga dibawak lari.

    Mantan menyampuk bahawa RCI boleh ditubuhkan untuk kedua isu itu dengan syarat sisiatan sama dijalankan untuk IMDB. Itu bukti orang nyanyok menambah satu bukti baru tentang nyanyok dia kerana IMDB memang sudah disiasat melalui PAC yang ada didalamnya wakil pembangkang. Satu benda yang mantan sendiri tak pernah buat dan tak akan buat untuk sebarang isu yang membabitkan dirinya dulu, kini dan selamanya. Lepas siasatan PAC semuanya sahkan tak ada duit hilang, tak ada duit kena songlap… tapi mereka masih dengan lagu dan irama kitar semula yang sama mengenai jumlah dendangan ,mereka 2.6B, 42M dan berapa B dan M lagi.

    Kita alu2kan RIC ditubuhkan dan kita tunggu hasil siasatan dengan penuh minat. Namun kita tidak ketahap separuh balaci yang hingga tak tidor malam menunggu USA tangkap Najib selepas 22hb. Haribulan yang sama sudah datang dan pergi tapi kita dapati PM kita sihat walafiat. Yang kita dengar USA punya attorney general kena pecat, bukan PM yang terpecat.

    Apa punya jenis mangkok hanyun mereka ini, sukar untuk kita faham.

  3. Perlis News says:

    […] via Legitimasi Penguasaan DAP Dalam Pentadbiran Negara? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply