Menu Utama

Langkah PM merancang #TN50 bertepatan.

oleh Kang Nasir

Salah satu usaha PM kearah menjana modal insan dengan usaha memberi keutamaan kepada pindidikan pondok amat dialu-alukan dan diharap mampu melahirkan GENERASI MELAYU YANG BERAKHLAK DAN BERADAB ISLAM.

Semoga dengan perancangan rapi TN50 kelak akan membuahkan hasil. Saya yakin kecelaruan sebegini tidak akan terjadi kecuali kelak ramai ilmuan pakwahab dan liberal bebas berkeliaran mengharap REDHA MANUSIA. Jika sekarang ini pun ISLAM seakan kembali ASING. Apa akan jadi nanti jika perancangan PM dalam #TN50 juga dihalang?

Dalam demo RUU baru-baru ini pelbagai reaksi dapat dilihat. Saya harap pada sahabat. Biar kita tidak tahu apa itu RUU 355 tapi kita ikut serta menyokongnya. Rasanya itu lebih baik dan terbaik daripada mereka yang bijak pandai berilmu malah ahli tahfiz tapi menentang perkara yang Allah REDHA tanpa sedar bersusah payah mencabar Allah demi kerana mengharap REDHA MANUSIA.
Tanpa #TASAWUF. Lihat saja kecelaruan pemikiran para ilmuan sekarang ini. Umumnya semua orang tahu mereka berkedudukan berpelajaran golongan bijak pandai malah ada juga golongan tahfiz malah ada PhD tapi kebijaksanaan mereka tidak mampu berfikir pada perkara yang memberi menfaat untuk dirinya diakhirat nanti kerana JIWA & MINDA mereka telah DIKUASAI OLEH NAFSU atau dalam bahasa mudah NAFSU MEREKA CENDERUNG MENURUTI HAWA NAFSU sehingga tidak kenal perkara yang Allah redha. Jika mereka yang anda semua ikut? Apa akan jadi nasib anda dikemudian hari?

Sebelum ada antara sahabat bertanya sebagaimana sebelum ini. “PERKARA ALLAH REDHA ITU URUSAN ALLAH BUKAN URUSAN KITA”. Itu betul, sebenarnya jika kita tidak tahu perkara yang Allah redha mana mungkin kita kenal dosa & pahala dan mana mungkin kita sentiasa menghindari dari memperoleh sumber syubhah dan haram?

Umat islam sekarang ini sengaja dikelirukan oleh mereka para ilmuan yang berhati serigala berlumba-lumba mengharap belas simpati redha manusia tidak hirau sedikit pun apa yang mereka lakukan semua itu adalah perkara yang mendatangkan Allah murka. Maka itulah kita lihat bagaimana Allah tunjukan kepada kita Allah kembalikan fitnah terhadap ulama politik sekarang dan apa yang terjadi sekarang ini adalah kesan dari fitnah-fitnah mereka terhadap kesucian agama selama ini sehingga ramai saudara kita yang buta mata hati.

Perlunya kita mengutamakan dengan berusaha pada perkara yang Allah redha ini ada dijelaskan dlm Quran dan hadis-hadia antaranya.

Dari Ibnu ‘Abbas R.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai.”
(Hadis Riwayat Tabrani)

Oleh itu sahabat. Jika kita mahu selamat dunia dan akhirat. Dekatilah ilmuan aswaja khususnya guru pondok dan tarekat tasawuf.






Satu Komen to Langkah PM merancang #TN50 bertepatan.

  1. Perlis News says:

    […] via Langkah PM merancang #TN50 bertepatan. — MYKMU.NET […]

Leave a Reply