Menu Utama

Kerugian Urusniaga Matawang: Lim Kit Siang Wajib Jadi Ketua “Special Task Force”

Sekitar tahun 1993 dan 1994, ayah kepada Lim Guan Eng ini sangat lantang di Parlimen apabila acapkali mendesak agar siasatan menyeluruh diadakan ke atas dakwaan kerugian oleh Bank Negara akibat dari urusniaga matawang negara. Kerugian yang dianggarkan sekitar RM10 bilion, bagaimana pun masih belum dapat dipastikan jumlah sebenar berikutan beberapa dakwaan dan laporan dari individu-individu tertentu.

Keputusan kabinet untuk menubuhkan pasukan petugas khas (Special Task Force) untuk menyiasat apa yang pernah dibangkitkan seharusnya menjadi penghormatan kepada Kit Siang, dek kerana sikap konsistennya cuba untuk mengetengahkan hal tersebut.

Nah! Masanya telah tiba untuk Kit Siang membuktikan, bahawa apa yang cuba dibangkitkannya adalah berasas. Tugas pertamanya ialah mengisytiharkan diri secara sukarela, untuk mengetuai task force dan membantu siasatan dengan penelitian fakta dan bukti yang ada. Tentu sahaja Kit Siang mempunyai fakta dan bukti sokongan ke atas dakwaannya pada 1990- an itu.

Dengan pendekatan di dalam pentadbiran yang sangat berbeza berbanding 1990-an, penubuhan task force itu membuktikan kerajaan memandang serius dengan hal ehwal yang menyentuh kepada kepentingan negara. Kit Siang tidak perlu panik, kerana penubuhan task force ini adalah untuk tujuan siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Dengan dasar kerajaan yang sentiasa meletakkan prinsip keadilan di tempat yang sepatutnya, tiada seorang pun akan didapati bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Maka, Kit Siang tidak perlu risau kalau-kalau di kemudian hari dituduh cuba menganiaya sesiapa. Ini adalah perjuangan rakyat seperti mana yang sering diuar-uarkan oleh Kit Siang selama ini.

Di dalam isu kerugian urusniaga matawang ini, siapa lagi yang paling layak, jika bukan Lim Kit Siang? Maka, Kit Siang harus mengambil saranan ini (mengetuai task force) sebagai satu penghormatan.






2 Komen to Kerugian Urusniaga Matawang: Lim Kit Siang Wajib Jadi Ketua “Special Task Force”

  1. Perlis News says:

    […] via Kerugian Urusniaga Matawang: Lim Kit Siang Wajib Jadi Ketua “Special Task Force” — MYKMU.NET […]

  2. Memang Baik says:

    Konon nya PM sedang menggeletar. Konon nya PM tak tahu ke mana nak cabut lari. Itu yang ditulis dibanyak jamban dan tong sampah.

    Yang kita tahu M yang seharusnya menggeletar kerana RCI. Midin menggeletar kerana kes janda cina bakal didengar tak lama lagi.

    Orang saperti PM tak akan tertangkap dengan seluar terlondeh. Kalau beliau akan ditangkap pukul 10 pagi, beliau tak akan dengar hanya pukul 9.50 pagi. Beliau sebagai PM sebuah negara bukan bertaraf gelandangan yang boleh merempat ditepi jalan kerana terhukum.

    Fikir2 sebelum pukul gendang, jangan terpukul salah bunyi. Ini hanya memalukan.

Leave a Reply

Threesome