Menu Utama

Kerjasama Pribumi+Pakatan: Umpama Dah Kahwin, Tapi Bebas Tidur Dgn Orang Lain

ISTILAH Open Marriage mula menjadi popular di Malaysia setelah nama seorang bekas pemimpin UMNO tapi kini telah masuk pembangkang, disebut dalam afidavit penceraian seorang lelaki yang mendakwa pemimpin berkenaan ada hubungan dengan isterinya ketika ikatan perkahwinan keduanya sedang berjalan.

Maksudnya lebih kurang Open Marriage ini, masing-masing dah kahwin tapi bebas pulak berselingkuh dengan orang lain – yang juga dah kahwin.

Dalam konteks politik di Malaysia, kerjasama Pribumi+Pakatan adalah sama macam Open Marriage jugak.  Kerjasama yang sepatutnya straight forward, dah bertukar jadi haru biru bila Pribumi turut mengadakan rundingan dengan PAS – merangkap musuh ketat DAP yang mengetuai Pakatan.

DAP pulak, sekalipun mengaku dah bekerjasama dengan Pribumi, menyokong siasatan (dan tindakan) ke atas Mahathir dalam skandal kerugian Bank Negara awal 90-an yang menyebabkan negara kehilangan puluhan billion ringgit sehingga dipercayai menjadi punca kepada kegawatan ekonomi 1997.

Ini macam mana kes?  Orang Malaysia, nak nak penyokong Pakatan, dia tak faham bentuk kerjasama politik yang macam ini.  Patutnya bila dah berkawan, apa pun masalah yang dulu tu, dilupakan – zaman berzaman, itulah pun yang diamalkan.

Ambik contoh Anwarlah.  Masa dia dah disepak keluar dari UMNO dan menubuhkan PKR, adakah sesiapa dalam DAP dan PAS yang mengaitkannya dengan skandal liwat lagi – walaupun ketika dalam UMNO, itulah juga yang diulang-ulang Karpal dan Mat Sabu?  Takde.

Mahathir pun begitu juga, sebaik Pribumi ditubuhkan dan kerjasama dengan Pakatan dimuktamadkan, antara benda pertama yang dibuatnya dulu ialah membersihkan imej DAP dari label rasis dan anti Melayu.  Padahal dulu dia juga yang kempen DAP ni parti perkauman.

Sebab apa begitu?  Sebab memang faham tak bertulis politik di Malaysia ini macam tu – semua label-label dan skandal-skandal ni hanya masa individu berkenaan dalam parti berlawanan saja.   Dah masuk sebelah dia, apa skandal dan label pun boleh buat lupa.  Tapi sekarang, dah lain pulak jadinya.

Nampaknya tak jadi apa jugalah kerjasama politik yang macam ini sebab sokongan, terutamanya kepada Mahathir adalah berdasarkan ketaksuban dan pendewaan melampau, pedulilah sekuat mana pun fakta yang menentangnya.  Mustahil penyembahnya dalam Pribumi boleh menerima tindakan DAP ini, sama seperti DAP yang tidak boleh menerima tindakan Pribumi mahu bekerjasama dengan PAS.

Justeru, tindakan Pribumi mengadakan kerjasama dengan PAS sekalipun tidak disenangi DAP dan sokongan DAP terhadap siasatan penglibatan Mahathir dalam skandal Forex yang menyebabkan puluhan billion wang rakyat lesap sekalipun tidak disenangi Pribumi, ibarat retak menanti belah yang akan menyusahkan rakyat sekiranya pembangkang menang dalam PRU14 yang akan datang.






Satu Komen to Kerjasama Pribumi+Pakatan: Umpama Dah Kahwin, Tapi Bebas Tidur Dgn Orang Lain

  1. Perlis News says:

    […] via Kerjasama Pribumi+Pakatan: Umpama Dah Kahwin, Tapi Bebas Tidur Dgn Orang Lain — MYKMU.NET […]

Leave a Reply