Menu Utama

Keluar Parti Sebab Prinsip? Prinsip Apa?

DAP dan drama swasta ciptaan mereka, bukan asing kepada penulis.  Jika semua masih ingat, tak lama sebelum PRU13 berlangsung, dalam usaha saat akhir untuk menarik simpati rakyat, DAP bermain wayang dengan mendakwa ada kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding menggunakan lambang sendiri dan terpaksa bertanding atas lambang PAS berikutan isu dengan RoS.

Kenapa PAS, kenapa tidak PKR yang lebih dekat dengan DAP dari segi liberal dan tak berapa nak Melayu/Islam?  Itu memang strateginya dan diakhirnya mereka berjaya menambah kerusi berbanding PRU12.

Maka bila diumumkan hari ini bahawa 4 wakil rakyat DAP (seorang ahli parlimen dan 3 ADUN) kesemuanya dari Melaka keluar parti, itu bukanlah satu kejutan pada penulis.  DAP sentiasa ada ‘kejutan’ macam ini untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai masalah yang berlaku dalam parti tersebut atau sekutu-sekutunya seperti PKR, PAN dan terbaru Pribumi.

Tambah buat penulis geli hati bila dikatakan tujuan lepas jawatan ini adalah kerana soal prinsip!!  Prinsip apa, sejak bila DAP ada prinsip?  Kalau dikatakan kerjasama dengan Mahathir itu sebagai DAP tidak berprinsip, apa beza kerjasama DAP dengan PAS dulu?  Yang itu lagi tak berprinsip.

Atau ketika Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah kerana kesalahan rasuah dan tidak pulak meletak jawatan seperti ‘dijanjikan’ orang kuat partinya sendiri, Tony Pua – masa itu kalau 4 orang ini lepas jawatan kerana prinsip, mungkin boleh pakai lagi.  Ini setakat kerjasama dengan Mahathir, prinsip apanya?

Nak kata sebab Kit Siang mempertahankan Mahathir dalam skandal BMF dan kerugian Forex, apakah 4 orang ini tidak membaca?  Bukankah Kit Siang secara jelas mahu siasatan terhadap Mahathir diteruskan, cuma Kit Siang tidak buat kecoh yang sama seperti ketika Mahathir masih di dalam UMNO sajalah.

Jelasnya, perletakkan jawatan ini tidak ada faedah pun kepada parti pemerintah kerana penggal yang ada sekarang pun tidak berapa lagi akan berakhir.  Lagipun DAP Melaka ni memang banyak masalah.  Salah seorang ADUN yang ‘keluar parti’ hari ini, Goh Leong San, pernah bertindak meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang dalam DUN Melaka sebelum ini.

Kalaupun ada untung yang boleh diraih dari berita perletakan jawatan ini ialah betapa DAP ini parti yang tidak boleh dipercaya.  Setiap kali rakyat mengundi calon DAP, ini adalah risiko yang terpaksa rakyat tanggung – bila bila masa mereka boleh keluar parti dan seterusnya ‘mengkhianati’ undi yang rakyat bagi.

Ini bukan kali pertama dan bukan kali terakhir.

sumber gambar – Antara Pos



« (Previous News)



Satu Komen to Keluar Parti Sebab Prinsip? Prinsip Apa?

  1. Perlis News says:

    […] via Keluar Parti Sebab Prinsip? Prinsip Apa? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome