Menu Utama

Kami Sudah Ada Permit, Pihak Lain Jangan Cetuskan Kekecohan – PENGANJUR HIMPUNAN RUU 355

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Penga­njur Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Padang Merbok di sini pada Sabtu ini menggesa mana-mana pihak yang merancang untuk menga­da­­kan perhimpunan bantahan agar melakukannya di tempat lain.

Pengarah Himpunan RUU 355, Nasrudin Hassan berkata, pi­­hak­­­nya bimbang sekiranya perhim­punan bantahan terhadap Himpunan RUU 355 mahu juga dibuat di Padang Merbok, ia boleh mencetuskan suasana tidak selamat kepada orang ramai.

Menurut beliau, pihaknya ti­dak mempunyai sebarang masalah jika ada pihak lain mahu mengadakan perhimpunan bantahan namun mereka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Sekiranya ada pihak yang nak berhimpun sebagai tanda tidak setuju dengan perhimpunan ini, itu merupakan hak masing-ma­sing kerana negara kita merupakan negara demokrasi dan rakyat berhak mengadakan perhimpunan serta menyatakan pendapat.

“Kita tiada masalah, cuma sekiranya dibuat di lokasi sama, adalah tidak wajar kerana boleh mencetuskan kekacauan,” katanya di sini hari ini.

Bulan lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan merancang mahu menganjurkan perhimpunan balas terhadap Himpunan RUU 355 pada hari yang sama.

Sementara itu, Nasrudin yang juga Ketua Penerangan Pas memberitahu, pihaknya meng­hargai kerjasama Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DB­KL­) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menganjurkan perhimpunan tersebut.

“Kita menjangkakan seramai 200,000 orang akan hadir dalam perhimpunan ini dan kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa,” jelasnya.-UTUSAN






Satu Komen to Kami Sudah Ada Permit, Pihak Lain Jangan Cetuskan Kekecohan – PENGANJUR HIMPUNAN RUU 355

  1. dkds says:

    Kita lihatlah nanti bagaimana sambutan umat islam dalam perhimpunan ini, paling best nak baca laporan Malaysiakini yang mesti akan labelkan perhimpunan ini adalah anjuran para taliban

Leave a Reply