Menu Utama

Isu Fatwa: Hairan Kah Dengan Campur Tangan DAP?

Ramai yang kononnya “terkejut” atau buat-buat “terkejut” dengan berita campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang di dalam urusan fatwa. Tak pasti lah, samada mereka itu “husnuzon” kepada DAP, atau memang tidak pernah ambil tahu tentang siapa itu DAP.

Dakwaan ini sangat serius, berikutan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004 jelas menuntut ‘fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong’ sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan ‘bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng’ terlebih dahulu.

Jika mahu berfikir, apa yang berlaku sebenarnya membuktikan cita-cita DAP untuk menguasai segalanya. Malangnya, ada pula di kalangan kita yang lebih rela diklasifikasikan sebagai “bodoh piang” (dengan izin) dan menjaja hujah bahawa DAP bukan majoriti, maka tidak akan mampu menguasai negara.

Dengan hanya berkuasa di sebuah negeri, mereka ternyata sudah berani untuk campur tangan, apatah lagi hal yang menguntungkan mereka. Menguntungkan tidak semestinya memberi pulangan politik secara langsung, jika sekadar untuk mencipta kekeliruan kepada sasaran dan generasi berikutnya, itu sudah cukup. Halus, dan perlahan-lahan.

Kita pernah dikejutkan dengan perdebatan hangat di kalangan netizen yang membicarakan soal wujudnya campurtangan pihak-pihak tertentu atas soal zakat dan pengagihannya. Tidak cukup dengan itu, laungan azan juga dijadikan polemik. Institusi berlandaskan agama Islam seperti JAKIM juga tidak ketinggalan menjadi mangsa serangan berikutan keaktifannya dalam menyemarakkan industri halal di negara ini.

Janganlah sesuatu yang terpatri kukuh di dalam perlembagaan, diberi ruang waima sekecil zarah. Dan Islam sebagai tunjang, dengan ianya menjadi hak milik mutlak Raja-Raja Melayu sebagai pemegang amanah bagi memastikan bukan sahaja umat Islam, malah yang bukan Islam juga terpelihara melalui undang-undang negara.






Satu Komen to Isu Fatwa: Hairan Kah Dengan Campur Tangan DAP?

  1. Perlis News says:

    […] via Isu Fatwa: Hairan Kah Dengan Campur Tangan DAP? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply