Menu Utama

Harga Barang Nak Ikut Zaman Mahathir, Gaji Nak Ikut Zaman Mahathir Tak?

KADANG-KADANG penulis ada  geli hati sikit dengan sesetengah orang kita, termasuklah diantaranya artis-artis lawak part time DJ yang menjadikan kesempatan bercakap di radio untuk mengelirukan rakyat dalam hal harga barang zaman sekarang.

Nampak sangat cakap macam orang tak sekolah.  Hairannya, mengaku pulak zaman dia sekolah dulu (zaman Mahathirlah tu), tak berbelanja pun, kongsi makan kawan punya, tapi dia punya komen, macamlah zaman itu berduit sangat – tak berduit jugak, kalau tidak, takkan makan kawan punya?

Tapi mungkin inilah kekurangannya dikalangan masyarakat kita, kalau bercakap tu, tak penuh, sebab tu jadi keliru.

Macam perbandingan harga barang zaman Mahathir era 90-an dululah, kenapa tak siapa sentuh berapa pulak gaji masa itu ya?  Ini maksud cakap tak penuh tu, cakap satu aspek, lupa aspek yang lain.  Toksah gebanglah zaman itu gaji atas RM 1,000 macam sekarang, nampak sangat sperma yang bercakap, bukan manusia pun.

Kalau penulis kata gaji pokok waktu itu paling common (bukan paling koman, kalau paling koman, bawah lagi) antara RM 280-RM450, nak percaya tak?  Justeru nak jual mahal macam mana, siapa nak beli?  Tak hairan kereta dulu tak banyak macam sekarang, dulu mengaji pun kat rumah jiran berapa ikhlas nak bagi, hari ini ditawar mengaji atas awan (konon dekat dengan Tuhan) dengan bayaran ribu riban pun ada orang bayar juga – contohlah tu.

Lagipun, ini bukan negara komunis, semua benda kerajaan nak tentukan.  Pasaran negara kita dari dulu sampai sekarang terbuka, bergantung sepenuhnya kepada penawaran dan permintaan.

Jadi, nak harga barang macam di zaman Mahathir tapi gaji ikut standard sekarang, mana datang logik?  Hari ini, ikut teknikalnya, kalau tak pergi sekolah sekalipun, pada saat dia masuk kerja saja (kalau ada yang nak ambik kerjalah), gaji minimumnya RM 1,000 tau, zaman Mahathir mana ada.

Ini masalah percaya dengan skim cepat  kaya Pakatan sampai terlupa logik janji tu macam mana.

Ambil contoh, harga rumah di negeri Pakatan sekarang ni murah sangat ka? Kenapa rumah?  Sebab harga rumah adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.  Parking lagi satu, percuma ka?

Benda-benda macam ini kena tengoklah sebelum percaya propaganda pembangkang tentang harga barang.  Kalau satu dua dibawah kuasa dia pun tak boleh nak buat apa, lagi nak cerita bab menurunkan harga barang yang lebih besar skopnya macam mana?



« (Previous News)



3 Komen to Harga Barang Nak Ikut Zaman Mahathir, Gaji Nak Ikut Zaman Mahathir Tak?

  1. Perlis News says:

    […] via Harga Barang Nak Ikut Zaman Mahathir, Gaji Nak Ikut Zaman Mahathir Tak? — MYKMU.NET […]

  2. dkds says:

    Itu sebabnya rakyat Malaysia mudah terpedaya dengan saudagar mimpi pakatan..

  3. mono_rindo@yahoo.com says:

    Bila dah taksub pada seseorang semuanya baik sehingga bau badan hapakpun dikatakan wangi……inilah bentuk pemikiran orang yang bebal walaupun berpendidikan tinggi tetapi tak mampu berfikir secara serius…..berfikir ikut acuan teori yang diajarkan oleh para pensyarah di institut pengajian tinggi. Semua teori dianggap betul,tulen & tak boleh dipertikaikan…..seolah-olah ajaran tuhan yang maha esa…..!!!

Leave a Reply