Menu Utama

Harap ‘Cap Bunga’ Tidak Diketawakan UMNO Dan PAS Di Kedah…

Melihat pada kesungguhan parti ‘cap bunga’ meletakkan dua nama yang boleh dikatakan tahap ‘dewa’ di Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Bahagian ‘Penaja’ di Langkawi dan Jerlun, dapat dibayangkan serakah menggunung mahu menjajah negeri Kedah pada PRU ke-14.

Mungkin kerana merujuk kepada negeri asal mereka di Kedah, maka mungkin mereka menyangka parti ‘cap bunga’ dan sekutu-sekutu mereka, DAP, PKR dan PAN akan mampu menjarah negeri itu sekali lagi.

Khabar dari utara semenanjung memberitahu bahawa mereka agak aktif berkempen dan berceramah politik dari satu kawasan ke satu kawasan di negeri itu. Tohmahan dan tuduhan ala-ala spesis Claire Brown dijaja seolah ‘pop corn’ di luar panggung wayang…

Penulis tidak memandang rendah pada kesan aktiviti politik yang mereka jalankan itu. Namun yang peliknya, ketika bersama UMNO dulu mereka tidak giat sebegini. Mukhriz misalnya dikatakan hampir langsung tidak peduli soal aktiviti politik di negeri itu ketika menjadi Menteri Besar.

Tiba-tiba saja jadi aktif berpolitik dan berkempen hampir setiap minggu selepas bersama parti baru? Sanggup pula mengharungi jalan-jalan berlubang yang dia tidak turap ketika menjadi Menteri Besar demi survival dan kepentingan politik peribadinya?

Mungkin ada yang berpandangan bahawa ia adalah tindakan rasional bagi parti baru untuk merekrut rejim baru dan penyerapan ahli. Memang benar pandangan itu dan tidak dinafikan rasionalnya.

Namun agak pelik jika bekas Pengerusi UMNO Negeri itu tidak aktif merekrut ahli UMNO baru ketika berkuasa, tiba-tiba jadi aktif bila berada di luar parti bukan? Mungkin itu salah satu satu sebab mengapa Mukhriz didesak turun melepaskan kuasa yang diamanahkan parti.

Berbalik pada giatnya Mukhriz berkempen, penulis tertanya-tanya tentang kemampuan Mukhriz untuk menjajah negeri Kedah sekali lagi. Dulu, dia hanya pulang ke Kedah untuk membantu UMNO menewaskan Pakatan Rakyat kira-kira 4 bulan sebelum PRU ke-13.

Jadi, mungkin belajar dari ketidakbertanggungjawabannya itu, maka dia kini berkempen awal untuk merampas Kedah dari BN? Mungkin itu satu usaha awal yang harus dipuji, namun malang ia hanya dilakukan setelah dia bersekongkol dengan DAP, PAN dan PKR, bukan?

Namun, tahukah dia tentang sentimen rakyat Kedah, khususnya ahli dan penyokong tegar PAS? Apakah dia fikir orang PAS begitu mudah lupa pada segala ‘dosa’ bapanya dulu? Dia fikir orang PAS di Kedah mudah lupa seperti bapanya?

Penulis yakin bahawa orang PAS takkan lupa tentang perbuatan Mahathir di Memali. Keyakinan penulis itu adalah berdasarkan kepada rakan-rakan penulis yang merupakan penyokong PAS tegar yang sama sekali menolak ‘lakonan’ bapanya yang selamba ‘berlakon baik’ itu.

Malah kata mereka, bapa Mukhriz itu hanya mahukan undi dari mereka saja untuk meraih kuasa di negeri Kedah. Dan apabila berkuasa, mereka mendakwa bahawa undi mereka akan dilupakan. Tanya mereka, bapa Mukhriz pernah diberi peluang menjadi Perdana Menteri, tapi apa yang dia buat di Memali dulu?

Sudah ditanya pandangan orang Kedah tentang PAN, PKR dan DAP? Jika di Kuala Kedah, mungkin benar pembangkang kuat. Namun bagaimana pula di kawasan-kawasan lain? Orang PAS suka pada PAN, PKR dan DAP?

Jika Mahathir pun orang PAS di Kedah tidak suka, apatah lagi parti yang diketuai Lim Kit Siang anak beranak, apatah lagi parti yang khianat pada perjuangan PAS seperti PAN, apatah lagi parti anak beranak yang memperkuda mereka memacak bendera tanpa sebarang penghargaan…

Dan atas kerana ‘jasa-jasa’ itu maka parti ‘cap bunga’ fikir mereka akan berjaya menguasai Kedah? Jangan menangis jika parti ‘cap bunga’ kalah nanti. Jangan kata BN tipu undi atau import pengundi bangla naik pesawat jumbo. Risau nanti ramai orang UMNO dan PAS ketawa guling-guling depan pejabat parti ‘cap bunga’ nanti…






Satu Komen to Harap ‘Cap Bunga’ Tidak Diketawakan UMNO Dan PAS Di Kedah…

  1. Perlis News says:

    […] via Harap ‘Cap Bunga’ Tidak Diketawakan UMNO Dan PAS Di Kedah… — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome