Menu Utama

Dangkal Akal Bila Pelaburan Dianggap ‘Jual-Beli Negara’…

Sehingga kini, belum putus-putus lagi tohmahan puak parti baru ‘cap bunga’ yang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual negara kita kepada negara China ekoran pelaburan berbilion-bilion masuk dan bakal masuk ke Malaysia.

Bagai tidak mengenal dosa pahala, tohmahan dan sebaran dakyah tersebut diteruskan dengan harapan agar rakyat di negara ini membenci Najib. Agaknya nanti mereka ‘kebal’ apabila berada di dalam kubur kelak?

Sebenarnya sudah berbuih-buih mulut para pemimpin BN memperjelaskan tentang pelaburan dari China. Namun, bagaikan tidak pernah bersekolah, mereka melemparkan tuduhan seolah-olah tidak tahu tentang sistem ekonomi empat sektor bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Apakah mereka fikir hanya dengan tindakan membuat pelaburan maka ia layak dianggap sebagai salah satu jenis penjajahan dan menjual tanahair kepada pihak asing? Kalau dikatakan singkat pemikiran dan bodoh, ada pula yang melenting nanti…

Sejak merdeka, sudah berapa banyak negara datang melabur di negara kita? Bukan saja Amerika Syarikat, malah Jepun, Australia, United Kingdom, Arab Saudi, Perancis dan banyak lagi negara masuk melabur ke negara kita, bukan? Apakah negara kita telah dijual?

Malah, sejak sekian lama juga terdapat ribuan syarikat, individu, agensi, GLC dan sebagainya dari negara kita yang berkembang membuat pelaburan ke serata negara antarabanga melebarkan sayap perniagaan masing-masing.

Dek kerana tawaran, peluang dan pelbagai insentif yang diberi kepada para pelabur, sama ada dari Malaysia ke negara luar atau dari negara luar ke negara kita, maka sektor perdagangan dan pelaburan telah banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai contoh, pelaburan berprofil tinggi syarikat Malaysia di UK ialah Battersea Power Station (BPS) dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM43.78 bilion. Maka sudah tentu pelaburan tersebut melibatkan perjanjian ‘menang-menang’.

Dalam pelaburan BPS bernilai tinggi yang berlaku sekitar 2013 itu, prasarana penempatan kediaman di UK tersebut telah mendapat sambutan hangat di mana fasa pertamanya telah habis dijual, manakala fasa-fasa yag berikutnya telah mendapat banyak tempahan awal.

Soalnya, apakah pelaburan BPS itu menandakan United Kingdom telah dijual kepada Malaysia? Tidak pernah pula penulis dengar golongan nasionalis di negara maju itu menuduh Perdana Menteri mereka menjual negara kepada Malaysia.

Jika benarlah kononnya terma ‘pelaburan’ itu membawa maksud ‘aktiviti menjual-beli negara’, maka sudah tentu ramai usahawan dan peniaga negara kita yang kini menjadi sebahagian dari pemilik negara Amerika Syarikat, UK, Jepun, Australia, Arab Saudi dan sebagainya, bukan?

Sebenarnya, tidak ada satu pun negara yang terjual dalam kaedah pelaburan. Cuma orang tidak sekolah macam puak-puak parti ‘cap bunga’ saja yang percaya pada dakyah yang tidak berakal itu. Jika ditanya pakar-pakar ekonomi dan pelaburan, penulis yakin mereka akan ketawa mendengar tuduhan seperti itu.

Sebetulnya, ia adalah bergantung kepada insentif atau tawaran dari sesebuah negara itu untuk menarik pelabur masuk ke negara mereka untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi sempat sektor. Semakin banyak pelaburan masuk, maka semakin rancaklah ekonomi negara.

Ada di kalangan negara yang menawarkan pengecualian cukai dalam tempoh tertentu, cukai rendah, nilai tenaga buruh yang berpatutan, tenaga buruh mahir dan separa mahir, serta pelbagai kelebihan lain kepada pelabur-pelabur masuk melabur.

Dalam konteks negara kita, tidak ada seinci pun tanah di negara berdaulat ini yang membolehkan pelabur menubuhkan negara baru di dalamnya. Misalnya, jika pelabur dari Uganda beli tanah 100 hektar di Sarawak, takkan boleh dia tubuhkan ‘negara baru’ atau mendakwa tanah yang dibeli itu adalah tanah jajahan Uganda.

Jadi penulis harap, usahlah puak-puak berkenaan memperlihatkan kebodohan diri sendiri di mata masyarakat di negara ini. Lagi pun, majoriti rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk diperbodohkan sekumpulan minoriti yang bodoh, bukan? Fikir sendiri…






Satu Komen to Dangkal Akal Bila Pelaburan Dianggap ‘Jual-Beli Negara’…

  1. Perlis News says:

    […] via Dangkal Akal Bila Pelaburan Dianggap ‘Jual-Beli Negara’… — MYKMU.NET […]

Leave a Reply