Menu Utama

Bumi Dipijak Milik Tun Mahathir – Blog

“Bumi Dipijak Milik Mahathir” sindir Blog Asas2020 ketika mendedahkan pembabitan keluarga Tun Mahathir dalam syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Dalam artikel “Selain Proton, Petronas Juga Sumbang Berbilion Ringgit Untuk Keluarga Mahathir (II)” hari ini blog tersebut mengaggarkan keluarga Tun Mahathir telah meraih tidak kurang RM 20 bilion daripada kekayaan Petronas.

Jika beberapa hari lalu, Asas2020 mendedahkan nama Dato Paduka Rahmat Abu Bakar sebagai anak saudara Tun Mahathir yang mengaut kekayaan secara senyap dalam Proton, hari ini ia sekali lagi mengaitkan individu tersebut dengan Petronas pula.

Berikut Petikan penuh dari blog tersebut:

1. Orang ramai mungkin hanya tahu Petronas melalui Malaysian Shipping Company (MISC) pernah “bail out” Konsortium Perkapalan Berhad (PKB) Mirzan Mahathir sebanyak USD 220 juta (RM 900 juta). Menurut Far Eastern Economic Review, hutang PKB ketika itu sekitar RM 1.6 bilion.

2. Lebih RM 2 bilion perlu dibelanjakan untuk menyelamatkan PKB milik Mirzan Mahathir.

3. Pada 2012, Petronas melalui Petronas Cari Gali Sdn Bhd juga telah menganugerahkan kontrak bernilai RM 700 juta kepada Sapura Kencana Petroleum milik Mokhzani Mahathir.

4. Namun apa yang tidak diketahui umum ialah bagaimana Yasmin Group milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar turut meraih keuntungan besar dari Petronas secara senyap-senyap.

5. Yasmin Group melalui anak syarikatnya Yasmin Engineering telah dianugerahkan beberapa kontrak besar oleh Petronas yang dianggarkan berharga berbilion ringgit semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudian Penasihat Petronas.

6. Mahathir menggunakan “side kick” beliau, Tan Sri Hassan Merican, untuk memberi beberapa kerja besar kepada Yasmin Engineering:

a) The largest 1800mm water main relocation work in South East Asia in Putrajaya in 2000.
b) High pressure 36” (Thailand-Changlun) gas pipeline tie-in at Changlun, Kedah in 2004.
c) High pressure 24” gas pipeline tie-in supplying to Keppel Power Plant, Singapore in 2006.
d) High pressure 30” Petronas Gas Berhad pipeline repair in Segamat, Johor in 2009 and many other pipeline and related works for the oil majors in Malaysia.

(lihat: http://www.mhcreative.com.my/yasmingroup/portfolio-item/engineering/)

7. Dianggarkan keseluruhan projek-projek yang diperolehi oleh Yasmin Group dari Petronas mencecah RM 20 bilion.

8. Yasmin Group juga pernah mendapat hak eksklusif mengeksport minyak pelincir Petronas ke Amerika Syarikat. Bagaimanapun ini merupakan maklumat dalaman yang sukar dianggarkan nilai projek kerana tidak pernah diumumkan kepada umum.

8. Inilah agaknya yang dikatakan bumi dipijak milik Tun Mahathir.






9 Komen to Bumi Dipijak Milik Tun Mahathir – Blog

  1. dkds says:

    harap blog itu dedahkan penyelewengan/perompakan yang dilakukan oleh kroni madey di tabung haji,epf bank2 tempatan juga jadi mangsa.

  2. Memang Baik says:

    M mengaku dia setankan DAP dalam satu masa. Dem,ikian jugak dia pun difir’aun kan oleh mereka yang merupakan musuh ketat dia satu masa dulu.

    Dia mengaku dalam apa2 perlawanan atau pertandingan juga kita harus memandang rendah pada lawan. maksudnya memperkecikan lawan, menuduh lawan yang bukan2, memfitnah lawan dan mengaku diri sendiri paling betul, benar lagu kuat.

    Itulah yang sebenarnya sedang dibuat oleh M pada Umno dan PM. Dia mengaku

  3. Memang Baik says:

    Dia dia melabel PM sebagai ketua perompak itu umpama it takes a thief to catch a thief. A pan calls kettle black . Dalam kes M Dan PM andaian diatas agak kurang sesuai atau langsong tidak sesuai kerana M ialah pot atau kettle sementara PM ialah jug atau glass beaker .

  4. Perlis News says:

    […] via Bumi Dipijak Milik Tun Mahathir – Blog — MYKMU.NET […]

  5. sman says:

    Apa guna cerita pasal Mahathir songlap sana sini kalau RCI utk menyiasat skandal BMF dan kerugian forexs trading BNM pun belum di putuskan utk di laksanakan.PM Najib kena putuskan penubuhan RCI itu dulu,baru boleh di katakan beliau mengutamakan rakyat.Kalau tidak ,rasa hurmat rakyat pada Umno dan para pemimpinnya akan pudar,kerana hak rakyat tidak di bela.

  6. Memang Baik says:

    M bagi DAP bagaikan racun yang disangka puding. LKS tahu dan semua dalam DAP tahu bahawa mereka telah terkeman didalam mulut, maka hendak diluah agak sukar. Untuk di telan lagilah takut kerana beracun.

    M jugak tahu bahwa kehadhiran dia telah memberi impak buruk pada sekutunya itu. Perbalahan sudah bermula nampak kesan nya dan akhirnya pecah belah tetap akan berlaku.

  7. Pemerhati says:

    fasal forex tidak mengapa kalau BNM ambil masa lama sedikit untuk membuat siasatan & kemukakan laporan…apa diharapkan siasatan & laporan itu nanti menjadi rujukan berguna kepada betapa perlunya RCI harus ditubuhkan

    aku dapat bayangkan betapa gamat negara kalau Najib jadikan PETRONAS seperti bank mak-bapak dia punya sepertimana mahathir lakukan…zaman mahathir tidak gamat sebab belum ada lagi laman media sosial apatah lagi media online pro pembangkang yang bukan sedikit seperti sekarang

    daim & anwar pula pada masa itu sanggup menjadi barua mahathir, sebagai habuan kepada sanggup menjadi barua mereka diberi peluang oleh mahathir untuk bersekongkol sambil pekakkan telinga & butakan mata(sama dengan mahathir) pada amalan kronisme & nepotisme melampau mahathir mengkayakan kroni2 & kaum keluarganya sebab mereka pun mahu mengkayakan kroni2 & kaum keluarga mereka

  8. Baraq says:

    Najib patut rampas harta2 dan asset Mahathir dan anak2 yg cara mendapatnya dgn penyelewengan dan salah guna kuasa, dia hanya boleh dapat duit pencen PM sahaja. .

  9. Memang Baik says:

    Ada satu kisah mengenai seorang yang bertugas dihari dia cuti.

    Seorang penyelia kilang sedang bercuti beberapa hari . Olih kerana terlalu komitednya terhadap kerja, dia masih kekilang satu hari yang dia dalam bercuti. Dia hadhir untuk melihat satu kerja yang diarah orang bawahan nya lakukan sebelum dia pergi bercuti.

    Saperti biasa dia mengarah pekerja nya tegakkan satu structure dikilang itu. Nak jadi cerita berlaku satu kemalangan yang telah menyebabkan pekerja terbabit cedera, dia pun cedera dan beberapa kerosakan berlaku pada peralatan kilang dihempap structure yang telah runtuh dengan tetiba.

    Siasatan dilakukan dan keputusan nya rumit diperolihi berhubung dengan imbohan kerana kerja dibuat atas arahan seorang penyelia yang sepatutnya sedang bercuti. Ini bermakna seorang penyelia, pengurus, jurutera atau apa saja hilang kuasanya keatas kerja sewaktu dia bercuti. Atau arahan mereka void jika sedang bercuti.

    Dalam kes M , dia mengarahkan kerajaan lakukan kerja pentadbiran dalam kapasiti dia sebagai bekas atau mantan. Dia bukan sedang bercuti tetapi dia orang pencen atau orang luar yang tak ada kuasa pentadbiran lagi .

    Dalam kotex ini M ialah seorang berhaluan kiri atau penentang sebuah kerajaan. M boleh ditahan, disoal dan disumbat masok kedalam. Tapi ini Malaysia, maka tindakan begitu tidak diambil terhadap matan. Sifat orang melayu patuh pada ketua, taat pada tuan guru dan hurmat pada orang lama. Keadaan ini telah disalah tafsir olih M, sebab itu M terus menerus bermaharaja lela. M lebih dari pembangkang. Pembangkang sekadar menentang, mereka tidak sampai ketahap halau ketua kerajaan.

Leave a Reply

Threesome