Menu Utama

BR1M: Jangan Terpengaruh Dakyah Pakatan, Duit Masuk Akaun 22hb, Bukan Esok!!

PAKATAN, disebalik segala kecaman mereka lemparkan terhadap program BR1M, terutama Ketua Bahagian Pribumi Langkawi si Mahathir tu, nampaknya mengambil kesempatan mengelirukan rakyat dengan fitnah konon bayaran BR1M akan dimasukkan ke dalam akaun penerima esok, 18 Februari 2017.

Dibuatnyalah macam-macam poster dan disebarkan ke serata ceruk media sosial.  Nampak macam nak membantu, tapi sebenarnya nak mengeliru.

Nanti senanglah bila orang dah marah kerana wang BR1M takde dalam akaun, mereka akan menggunakan peluang itu untuk menghentam kerajaan lagi kerana kononnya kerajaan menyusahkan rakyat, padahal dia yang bagi maklumat salah.  Pakatan+Pribumi ini memang macam itu perangai mereka, dialah hantu, dialah pawangnya.

Modus operandinya, bercakap bagi orang lain.  Konon kesian dengan makcik sana, nenek sini, atuk situ yang beratur panjang depan ATM tapi duit BR1M tak masuk, padahalmya dia tu yang kecewa sebab akaun kosong.  Nama nak mengaku dia yang terkena, takkan adanya lah, tau pulak malu sebab jadi pelahap BR1M.

Begitupun, ada yang akan menerima BR1M esok, iaitu mereka memilih untuk menerima BR1M dengan baucer.  Baucer BR1M ini akan diserahkan oleh wakil rakyat BN dan bagi kawasan yang BN kalah, pemimpin politik BN akan menyerahkannya kepada penerima dalam majlis masing-masing.

Yang tak betul tu, BR1M masuk akaun esok tapi BR1M memang akan mula dibayar esok, tapi bagi yang menerima baucerlah.  Sajalah sebut ni, takut ada spin posting Perdana Menteri di akaun Facebook beliau mengenai perkara berkenaan.

Kenapa ada baucer dan ada masuk akaun?  Antara lain tujuan ini ialah menyempurnakan janji Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak kepada perwakilan UMNO tahun lepas yang mahu BR1M diterima dari tangan pemimpin parti pemerintah.

Alah, kerajaan Pakatan Selangor bagi baucer sekolah, ada suruh ADUN BN bagi ke?  Duit rakyat jugak tu.  Macam itulah lebih kurang penjelasan kalau ada yang mempertikaikan.






Satu Komen to BR1M: Jangan Terpengaruh Dakyah Pakatan, Duit Masuk Akaun 22hb, Bukan Esok!!

  1. Perlis News says:

    […] via BR1M: Jangan Terpengaruh Dakyah Pakatan, Duit Masuk Akaun 22hb, Bukan Esok!! — MYKMU.NET […]

Leave a Reply