Menu Utama

Bila Nak Tersepit, Yang Dulu ‘Semua Buruk’ Tu Jugaklah Dicari

RASANYA tak perlu ulanglah apa yang dah Mahathir ni takut-takutkan rakyat pasal Anwar selama berbelas tahun – bukan sehari dua. Macam-macamlah yang disindirnya, lalu belakang takutlah, tidak bermoral maka itu tak dibenar jadi Perdana Menteri, banyak benda silap tapi pecat Anwar bukan salah satu darinya lah, dan sebagainya.

Ini semua bersepah di Internet untuk semua orang termasuk ‘sampah-sampah’ yang menyokong Mahathir sekarang ni, merujuknya.  Panjang dan pendeknya nak dimudahkan, selama hari ini Mahathir cuba mengajar rakyat bahawa Anwar ini seorang yang jahat, maka itu tidak layak jadi Perdana Menteri.

Tapi bila Mahathir nampak bakal tersepit jika kerajaan berkeberangkalian menyemak semula skandal Forex 1989-1994 dan melihat jika ada ‘cover up’ sehingga negara dan rakyat kehilangan beratus billion ringgit – mengikut nilai sekarang, terbiar tidak bersiasat, kepada Anwar itu jugalah Mahathir datang melutut.

Sekurang-kurangnya persepsinya begitu.

Persepsi ini tercetus lanjutan dari perbincangan tertutup hampir 40 minit antara 2 dinasor politik ini semalamlah di sebuah bangunan Mahkamah.  Hampir 6 bulan selepas pertemuan kali pertama, bersalam apa segala, berjumpa kali kedua – dah tentu ada sebab yang penting maksudnya, bukan saja-saja.

Kebetulan pulak sehari sebelum semalam, kabinet baru saja melihat kebarangkalian ini (menyiasat skandal Forex) dah 2 bekas musuh ini berjumpa pulak.  Ini sudah tentu mencetus persepsi yang pelbagai seperti adakah pertemuan itu kerana Mahathir cuba memujuk Anwar agar membantunya kalau kes itu dibongkar semula?

Mesti ada sebab kan?  Kalau saja-saja, kenapa selepas hampir 6 bulan?  Sebab itu kita katakan dari segi persepsinya, fakta?  Siapa nak baca dah.

Selain perbincangan kali ini yang berlaku secara tertutup, persepsi ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan peguam Anwar hari ini bahawa Mahathir dan Muhyiddin mungkin dipanggil sebagai saksi bagi menyokong saman Anwar terhadap Khairy Jamaludin.  Sekali lagi persoalan persepsinya, adakah apa urusan dibelakang tabir, “aku tolong kau, kau tolong aku”. macam itu?

Apa pun, persepsi tak persepsi, ini nampak jelas macam kerja orang munafik ni.  Penat saja macai-macainya posting gambar Mahathir tengah sembahyang berlatarbelakangkan logo Pribumi nak bagi nampak macam beragama, kalau bab menipu dan memperbodohkan orang ni, masih tak bertaubat lagi.

Tapi inilah politik cara Mahathir.  Agama jadi penting, hanya masa ada untung.

Dalam pada itu, menarik juga nak melihat bagaimana Anwar membuat pilihan – nak tolong atau nak biar Mahathir mereput.  Maklumlah, dah macam-macam benda jahat yang dia dakwa Mahathir telah lakukan terhadap dia, takkan senang-senang nak forget dan forgive begitu saja?






3 Komen to Bila Nak Tersepit, Yang Dulu ‘Semua Buruk’ Tu Jugaklah Dicari

  1. Pemerhati says:

    kerana keterdesakkan memaksa sial lahanat mahathir sanggup jilat balik ludahnya & bersekongkol dengan anwar ibarat sial lahanat mahathir sedang kelemasan & secara tiba2 ternampak tahi atas permukaan air lalu madey jadikan tahi itu sebagai pelampung

    RCI boleh membuat sial lahanat mahathir & tahi errr pelampung errr anwar tenggelam bersama ke dalam air

  2. Memang Baik says:

    M bercakap, berceramah. M menulis blog, M menulis buku. Jika isi semua medium itu adalah AnwarIbrahim maka kita akan dengar, kita akan baca bahawa manusia yang terburuk dimata M ialah manusia yang bernama AnwarIbrahim. Pendek kata yang paling silap dalam dunia ini adalah Anwar, yang paling kotor ialah Anwar. Yang paling besar kesalahan M pulak ialah memilih Anwar untuk dipercayainya . Ini semua kita boleh baca termasok dalam biography A doctor in the house yang setebal kita suci AlQuran bersama terjemahan itu . Penulis memilki senaskah bio itu yang dihadiahkan oleh anakanda sendiri pada sambutan hari lahir.

    M selepas menggali lubang dalam2 untuk mencampak sesaorang kedalam nya terasa seolah2 badan dia pulak bakal masok dicampak kelubang yang sama yang sudah digalinya. Rasa lain macam, rasa ngeri dan gentar yang teramat sangat. Ini kerana segala dalil, sebab dan bukti yang timbul terlalu kuat buat melayakkan dia dicampak dalam lubang itu berbanding dengan dongeng rekaan nya selama ini untuk orang lain itu. Segala dongeng dia selama ini dia pun tahu tanpa bukti, hanya sekadar persepsi, ilusi, bohongan, tipuan dan rekaan yang Maha Haprak sahaja.

    Bagi orang jenis M, jilat ludah apa lah sangat, sedangkan jilat benda lain pun dia sanggup kerana lubang yang tersedia untuknya terlalu dalam . Dia tahu kerana dia yang tukang gali.

    Kita bukan gembira akan scenario baru ini. Kita tidak akan bersorak berjoget atau potong kek selepas M benar2 berjaya disumbat kedalam lubang itu. Dalam pada itu kita tidak pulak akan berasa sedih. Tapi hanya satu yang kita harap dan doakan supaya terdetiklah hendaknya dihati M untuk bertasdiq ” Oh aku ada agama, aku ada tuhan, aku ada Allah rupanya yang aku telah lupa seketika . Apa sebenarnya yang aku telah lakukan, kenapa aku lupa, aku sudah tersasar jauh ” Kita harapkan begutu. Tapi mengenali M ,,… itu sukar berlaku … sesukar bapak sedara baginda Rasul menerima hidayah dari Allah, walau ada yang mengatakan beliau mereima hidayah disaat akhir hayat beliau dan beliau akan kesyurga , Alhamdulillah . Wallahu alam.

  3. Perlis News says:

    […] via Bila Nak Tersepit, Yang Dulu ‘Semua Buruk’ Tu Jugaklah Dicari — MYKMU.NET […]

Leave a Reply