Menu Utama

BIarlah Polis Siasat, Apa Yang Pakatan Kecoh Sangat?

MEMPOLITIKKAN kematian ini memang antara kepakaran Pakatan.  Pantang ada kematian yang berprofil tinggi sikit, Pakatan akan ada disitu untuk mempolitikkannya.  Menyelesaikan masalah tidak sekali, menambah kekeliruan orang pulak jadi kelebihannya.  Tujuannya macam biasa, untuk menambah kebencian rakyat kepada kerajaan.

Tak terkecuali dalam soal kematian lelaki yang dikatakan sebagai abang tiri kepada Presiden Korea Utara baru-baru ini di KLIA2, orang-orang Pakatan berlumba-lumba cuba mengaitkan kematian itu dengan kelemahan kerajaan.

Hakikatnya, lelaki berkenaan – siapa punlah dia, terlibat dengan satu kejadian yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis tanpa sesiapa perlu membuat spekulasi yang bukan-bukan.

Tapi bila difikirkan semula, dengan macam mana kerajaan nak menghalang kejadian yang macam itu pun tak tahulah sebab berdasarkan laporan di sana sini (bukan laporan rasmi pun), ada agensi perisikan yang terlibat.  Sudah tentu bila ada agensi perisikan terlibat, teknik jenayah yang digunakan adalah di luar norma yang biasa, seperti dalam kes ini, melibatkan penggunaan racun dan sebagainya.

Takkan itu pun susah orang Pakatan nak menafsirkan?

Kita faham menjadi bodoh antara syarat wajib ada kalau bercakap tentang orang yang menyokong Pakatan, tapi takkanlah teruk benar?  Bodoh tu bodoh jugaklah, tapi jangan sampai jadi sewel.

Perkara ini akan diselesaikan mengikut undang-undang dan saluran diplomasi sedia ada.  Orang Pakatan tak payah nak jadi macam lebih hebat dari Tuhan pulak, semua benda pun cakap macam tahu semua.






Leave a Reply