Menu Utama

Bersungguh Singapura Mahu Bantu DAP

Oleh Taufiq Ilhami

Presiden Pertama Singapura ialah Yusof Ishak yang diangkat oleh pengasas negara baru Singapura, Lee Kuan Yew selepas Singapura terpisah dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Tempoh perkhidmatan Yusof Ishak berakhir pada tahun 1970.

Gambar wajah Yusof Ishak tertera di atas mata wang Dollar Singapura hingga ke hari ini. Selepas tahun 1970 hingga ke saat ini, tidak pernah muncul “Yusof Ishak Kedua” dalam sejarah institusi Presiden Singapura.

Presiden Singapura Ke-7, Tony Tan Keng Yam akan tamat tempoh perkhidmatannya pada Ogos 2017 dan Pilihanraya Presiden Singapura perlu diadakan untuk memilih presiden baru yang telah menjadi tradisi negara itu sejak tahun 1993.

Namun, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengakui mustahil calon dari kalangan Bukan Cina boleh menang di bawah sistem pilihanraya presiden yang diamalkan di Singapura dengan komposisi kaum 74% Cina, 13% Melayu, 9% India, 4% Lain-Lain. Justeru itu, beliau mencadangkan pindaan Perlembagaan Singapura bagi membolehkan seorang “Yusof Ishak Kedua” diangkat menjadi simbol negara itu.

Berbekalkan kelebihan majoriti 81/87 Ahli Parlimen PAP di Parlimen Singapura, PAP tidak berdepan kesukaran untuk meminda perlembagaan negara itu untuk merealisasikan agenda tersirat PAP melahirkan seorang “Yusof Ishak Kedua”.
Jika ini berlaku, PAP akan meniupkan sentimen bahawa orang Melayu Singapura mendapat tempat paling istimewa di Singapura. Tiupan sentimen Melayu Singapura itu akan digerakkan menjadi satu gelombang gerakkan massa yang akan membadai Malaysia menjelang PRU14 dari Johor Bharu ke Perlis, dari Pahang ke Kelantan, merebak ke Sabah dan Sarawak.

Ketika itu nanti, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan berucap dalam Bahasa Melayu dengan intonasi yang cukup indah dalam majlis gilang gemilang mengumumkan perlantikkan “Yusof Ishak Kedua” yang akan menjadi viral di Malaysia.

Ketika itu nanti, di Malaysia, DAP akan menularkan ucapan bersejarah Lee Hsien Loong dalam Bahasa Melayu melalui perkakas politik DAP iaitu MalaysiaKini, RBA dan paling ampuh sudah barang tentu peranan barua PPBM, PAN dan PKR mengalunkan melodi “Melayu Jangan Kau Takuti DAP”.






Satu Komen to Bersungguh Singapura Mahu Bantu DAP

  1. Perlis News says:

    […] via Bersungguh Singapura Mahu Bantu DAP — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome