Menu Utama

Bagaimana Mahathir Sanggup Terima Sorakan Dan Ejekan Pada Usia Emas?

RAMAI beranggapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang tua yang sepatutnya menumpukan sepenuh masa membuat persediaan untuk akhirat memandangkan umur beliau sudah melebihi 90 tahun.

Kita juga tahu bahawa Mahathir kini gigih cuba mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau sanggup bersekongkol dengan musuh tradisi beliau iaitu DAP.

Penganalisis politik melihat tindakan Mahathir tersebut sebagai usaha terdesak untuk meletakan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana menteri dalam memastikan legasi keluarga terpelihara dan segala salahlaku Mahathir akan terus dapat disembunyikan.

Cuma kita agak terkilan dengan sikap terdesak Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang cuba mempergunakan orang tua itu bagi memastikan kesinambungan parti milik Anwar Ibrahim tersebut.  Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berharap agar kumpulan “reformis” dapat menerima Mahathir dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Semasa Konvensyen Reformis Sabtu lalu, Mahathir dikatakan telah diejek. Kini Nik Nazmi menyeru agar setiap ahli mereka berlapang dada sepertimana yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, mereka perlu melupakan dendam terhadap Mahathir demi nafsu politik yang lebih besar.

Dalam perkara ini, PKR akhirnya menyerlahkan warna sebenar mereka. Nampaknya matlamat akan menghalalkan cara. Perkara ini sudah tentu tidak seiring dengan budaya Melayu dan cara yang dihalalkan oleh Islam. Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara.

“Bagaimanapun kita harap Mahathir sebagai bekas perdana menteri, kita hormatinya kerana kita sekarang ada agenda yang sama untuk turunkan Najib.

“Jadi kita perlu bekerjasama. Semua pihak harap berlapang dada seperti yang ditunjukkan Datuk Seri Anwar dan keluarganya.

“Kalau pahit bagi reformis, sudah tentu lagi pahit tuan punya badan (Anwar),” kata Nik Nazmi.

Untuk makluman, Sabtu lalu, Mahathir membuat kemunculan mengejut pada Konvensyen Reformis yang diadakan di Shah Alam. Walaubagaimanapun beliau telah disorak dan diejek termasuk disorak sebagai “firaun”, sebelum diredakan oleh pengerusi majlis.

Kita tertanya-tanya bagaimana seorang lelaki yang angkuh dan sombong seperti Mahathir sanggup menerima ejekan dan sorakan tersebut. Adakah beliau terlalu terdesak sehingga sanggup menelan segala-galanya? Tolonglah jangan terus malukan diri anda sendiri pada usia emas. Simpan maruah dan harga diri untuk anak cucu anda juga.






4 Komen to Bagaimana Mahathir Sanggup Terima Sorakan Dan Ejekan Pada Usia Emas?

  1. Baraq says:

    Dia dah buntu, tk tahu apa nk buat, dah checkmate, sikit hari lagi task force pasal scandal forex akan bermula, harap2 Anwar boleh cover line tuk dia. Sanggup di hina dan di cerca oleh penyokong reformasi, asalkan dia dapat bersama sama menjatuhkan kerajaan yg sedia ada, tapi masa dah suntuk, PRU14 mungkin diadakan selewat lewat ogos 2018…, tk sempat nk cover kes forex..Anwar, Tunku Razaleigh dan Daim akan di panggil beri keterangan, begitu juga Nor Mohamad Yakub..

  2. Perlis News says:

    […] via Bagaimana Mahathir Sanggup Terima Sorakan Dan Ejekan Pada Usia Emas? — MYKMU.NET […]

  3. Memang Baik says:

    Aturan sudah jelas, hukum hakam pun nyata. Pesan orang tua jangan jolok sarang tebuan, usah dikejut harimau tidur.

    M telah buat kedua2 sekali dan kalau pun ada tidak balas dari tebuan dan harimau, dia kena redha. You ask for it.

    Dia ada misi dia ada rangka yang telah diatur. Cuma satu dia enggan kaji qadak dan qadar Allah secara halus dan enggan memahaminya.

  4. Memang Baik says:

    Sempena Raja Arab Saudi berada di negara, ada yang menulis bahawa PM dalam bahaya. Kebenaran duit derma bakal terbongkar.

    Bodoh sungguh manusia yang menulis. Tidak perlu kita huraikan, tetapi tulisan begitu tulisan bangang tak pakai kepala otak. Kalau pakai kepala lutut sekali pun kita rasa hasilnya tetap berbeza dari tak pakai kepala langsong.

Leave a Reply

Threesome