Menu Utama

Azmin mungkin mamai sangkakan BN sekali DAP keluar parti

13 FEB : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin ‘mamai’ ketika memuatnaik posting di laman Twitternya kononnya seorang menteri Kabinet akan meletak jawatan.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Timbalan Presiden PKR itu juga mungkin tersilap individu yang kononnya dijumpai secara rahsia itu dengan mengaitkannya dengan seorang menteri daripada BN.

“Beliau (Azmin) mamai. Beliau mengharapkan DAP. Kemenangan kesemuanya bergantung kepada DAP. Bila Azmin berjumpa empat wakil rakyat DAP yang hendak letak jawatan, saya rasa Azmin mamai dan (persoal) bagaimana (keadaan) DAP adalah parti harapan, tiba-tiba empat wakil rakyat letak jawatan sebab itu tersalah tweet,” katanya di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor, Isnin.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga menggesa Azmin tidak lagi memperdaya rakyat dengan dakwaan yang tidak berasas.

“Itu adalah twitter seorang pembohong. Azmin cukup-cukuplah hendak menipu rakyat.

“Beliau tahu kedudukan sudah tidak kuat kerana DAP, sebagaimana disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa DAP adalah de facto pembangkang,” tambahnya.

Azmin dalam akaun Twitternya baru-baru ini mendakwa seorang menteri kanan Kabinet telah meletakkan jawatan.

Menerusi laman Twitter miliknya itu, Azmin telah bertanya benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan tanpa menyebut nama menteri yang dimaksudkan itu.

Dakwaan itu kemudian dijawab Najib yang menyifatkan Azmin sebagai berbohong dan mereka cerita mengenai peletakan jawatan seorang menteri.

Perdana Menteri dalam kenyataan di Facebook dan Twitternya, menegaskan tiada seorang pun menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletakkan jawatan.

Sumber: https://www.bnbbc.my/azmin-mungkin-mamai-sangkakan-bn-sekali-dap-keluar-parti/






Satu Komen to Azmin mungkin mamai sangkakan BN sekali DAP keluar parti

  1. Perlis News says:

    […] via Azmin mungkin mamai sangkakan BN sekali DAP keluar parti — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome