Menu Utama

Azmin Di Dalam Kesipuan

Sensasi yang cuba disemarakkan oleh Azmin berhubung perletakan jawatan seorang menteri kanan kerajaan tidak menjadi, malah membuat dirinya di dalam kesipuan yang teramat.

Apa tidaknya, pelanduk yang disasar, babi pula yang dia dapat. Begitulah analogi mudah, bagi memberi gambaran bagaimana harapan Azmin melihat kerajaan kucar-kacir, rupanya terkena kepada dirinya sendiri. Haru biru sekutu rapatnya, iaitu DAP apabila 4 pemimpin parti itu hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti dan bertindak keluar parti.

Sudahlah “diversion” nya untuk menutup isu soal siasat SPRM ke atas pemilik Ampang Disneyland gagal setelah tweet nya dijawab oleh Perdana Menteri, kini Azmin perlu memikirkan bagaimana untuk memastikan keadaan tersebut tidak menular di Selangor. Sudah tentu Azmin tidak mahu peluangnya untuk menjadi Menteri Besar terjejas kerana DAP merupakan penyumbang undi terbesar yang meletakkan di mana dirinya sekarang.

Mungkin ini juga membawa rahmat kepada Barisan Nasional. Dari sejak “16 September” sehinggalah sekarang, nampaknya yang keluar dan lompat parti semuanya dari kalangan mereka sahaja. Barisan Nasional kekal, dan tidak berantakan seperti tuduhan dan dakwaan pembangkang. Soal Ezam dan Ibrahim Ali janganlah diambilkira, kerana mereka berada di kelas tersendiri: ahli politik yang terevolusi mengikut peredaran peluang.

Harap-harap rahmat tersebut juga dapat pula  membersihkan hati Mahathir. Sedangkan 4 orang lama DAP pun sudah bermufaraqah, takkan Mahathir tidak juga sedar siapa DAP?

Rahmat yang penulis maksudkan ialah petunjuk atau keberuntungan, bukan Rahmat yang disebut-sebut meraih keuntungan berbillion kerana bersaudarakan Mahathir.

 






5 Komen to Azmin Di Dalam Kesipuan

  1. Pemerhati says:

    kalau azmin nak perbodoh lagi & nak suruh lagi rakyat percaya akan ada menteri BN letak jawatan, dia kena tukar kata kepada “akan ada lagi ahli parlimen & ADUN pembangkang letak jawatan & keluar parti”

    hehehehe

    boleh mengurangkan kepeningan & kebimbangan(memikirkan kerusi parlimen & dun penting milik pkr yang mana tidak sampai terpaksa diberikan kepada pan & ppbm untuk pru14) PKR terutama presidennya iaitu si jijah jika jijah sendiri atau bersama azmin berani membuat kenyataan kepada media berkata “harap dap akan memberi 1 kerusi parlimen & 3 kerusi dun di Melaka itu kepada calon pan & ppbm untuk bertanding pada pru14 nanti”

    hehehehehe

  2. Perlis News says:

    […] via Azmin Di Dalam Kesipuan — MYKMU.NET […]

  3. Pemerhati says:

    azmin tak boleh kata ada lagi menteri BN nak letak jawatan selepas sekali berlaku sebaliknya, azmin harus kata akan ada lagi ahli parlimen & adun pembangkang letak jawatan serta keluar parti kalau azmin nak tengok ada menteri BN betul2 letak jawatan sampai menteri BN berkenaan keluar dari parti komponen BN itu menjadi kenyataan

    hehehehehe

  4. Badrole Amin says:

    kalau azmin kata akan ada lagi ahli parlimen & adun pembangkang letak jawatan serta keluar parti itu lalu betul2 berlaku lagi pada ahli parlimen & adun pembangkang tapi tetap tidak berlaku pada menteri BN macam mana?

  5. Pemerhati says:

    Badrole Amin,

    jawabnya mudah je…

    azmin memang pembawa SIAL & SUWEY kepada pembangkang!

Leave a Reply

Threesome