Menu Utama

3 Raja Arab Saudi Pernah/Akan Datang Malaysia, Satu Pun Bukan Zaman Mahathir PM

TANGGAL 26hb ini, buat kali ketiga dalam sejarah, Raja Arab Saudi, Raja Salman akan melawat Malaysia.  Ini adalah kunjungan kali ketiga Raja Arab Saudi ke negara ini dari segi sejarahnya.  Kali pertama pada tahun 1970 dulu oleh Raja Faisal, tahun 2005 oleh Raja Abdullah dan tahun ini oleh Raja Salman.

Arab Saudi penting kepada Malaysia, bukan sahaja dalam soal berkaitan ibadah haji tapi juga memandangkan Malaysia antara pengimport minyak terbesar dari negara itu.

Mutakhir ini, Arab Saudi turut menjadi penting dalam politik Malaysia, terutama setelah hakikat bahawa derma dari negara itu dituduh secara salah oleh Mahathir sebagai wang yang dicuri dari 1MDB.  Malah Mahathir turut menuduh Arab yang bagi derma ini sebagai “Arab gila”.

Nanti selepas 26hb, kalau diizinkan Allah swt,  kita tahulah siapa gila, Arab ke Mahathir.

Cakap pasal Mahathir, ada satu fakta menarik yang semua orang patut tahu.  Sekalipun peranan Arab Saudi begitu penting kepada Malaysia, tidak pernah sekalipun Raja Arab Saudi datang melawat negara ini sepanjang 22 tahun Mahathir jadi Perdana Menteri.

Tak tahulah mana silap.  Paklah yang memerintah sepenggal itupun, Raja Arab Saudi pernah melawat negara ini di zaman beliau mengetuai negara ini.

Sebaliknya, orang nombor dua dalam kerajaan Korea Utara, Kim Yong Nam,(bukan Kim Jong Nam), pernah melawat negara ini pada tahun 2002 dan setahun selepas itu (semasa Mahathir masih Perdana Menteri), kedutaan negara kita dibuka di negara itu.  Moralnya, “orang baik” taknak datang, “orang jahat” pulak datang, bukak kedutaan lagi lepas tu.

Duta Korea Utara pulak sekarang, menggunakan peluang dari liputan kematian seorang warganegaranya di KLIA2 untuk memburuk-burukkan negara ini, kononnya tidak mengikut undang-undang antarabangsa dan berkomplot dengan Korea Selatan.  “Tak ikut undang-undang antarabangsa” tu,  keluar dari mulut Duta Korea Utara pulak lagi, lawak apakah ini?

Apa pun sekadar nak cakap, Mahathir dah berhenti lebih 13 tahun dulu, tapi masalah yang dia tinggal mula memberi kesan kepada negara ini sekarang.  Dunia pun ada siang dan malam tapi malang dibawa Mahathir terus berpanjangan – metafora la ni, metafora.






Satu Komen to 3 Raja Arab Saudi Pernah/Akan Datang Malaysia, Satu Pun Bukan Zaman Mahathir PM

  1. Perlis News says:

    […] via 3 Raja Arab Saudi Pernah/Akan Datang Malaysia, Satu Pun Bukan Zaman Mahathir PM — MYKMU.NET […]

Leave a Reply