Menu Utama

Sunday, February 12th, 2017

 

DAP tidak tunai janji beri pukat

Kira-kira 30 nelayan di Kuala Muda, Penaga, di sini mengadakan demonstrasi membantah Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa tidak menunaikan janji memberi pukat kepada mereka. Wakil kumpulan berkenaan, Mohamad Wan Chik berkata, seramai 191 nelayan berdaftar di kawasan itu sepatutnya layak menerima bantuan berkenaan namun hanya 60 orang daripada mereka yang menerimanya daripada kerajaan negeri. “Sehingga kini kami tidak menerima apa-apa penjelasan berhubung sikap pilih kasih kerajaan negeri ini. Jika tidak mahu bagi, jangan menabur janji, ” katanya kepada pemberita di Jeti Nelayan Pasar Bisik di sini petang ini. KumpulanBaca Lagi


Keluar Parti Sebab Prinsip? Prinsip Apa?

DAP dan drama swasta ciptaan mereka, bukan asing kepada penulis.  Jika semua masih ingat, tak lama sebelum PRU13 berlangsung, dalam usaha saat akhir untuk menarik simpati rakyat, DAP bermain wayang dengan mendakwa ada kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding menggunakan lambang sendiri dan terpaksa bertanding atas lambang PAS berikutan isu dengan RoS. Kenapa PAS, kenapa tidak PKR yang lebih dekat dengan DAP dari segi liberal dan tak berapa nak Melayu/Islam?  Itu memang strateginya dan diakhirnya mereka berjaya menambah kerusi berbanding PRU12. Maka bila diumumkan hari ini bahawa 4 wakil rakyatBaca Lagi


Azmin Di Dalam Kesipuan

Sensasi yang cuba disemarakkan oleh Azmin berhubung perletakan jawatan seorang menteri kanan kerajaan tidak menjadi, malah membuat dirinya di dalam kesipuan yang teramat. Apa tidaknya, pelanduk yang disasar, babi pula yang dia dapat. Begitulah analogi mudah, bagi memberi gambaran bagaimana harapan Azmin melihat kerajaan kucar-kacir, rupanya terkena kepada dirinya sendiri. Haru biru sekutu rapatnya, iaitu DAP apabila 4 pemimpin parti itu hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti dan bertindak keluar parti. Sudahlah “diversion” nya untuk menutup isu soal siasat SPRM ke atas pemilik Ampang Disneyland gagal setelah tweet nya dijawab oleh Perdana Menteri, kini Azmin perluBaca Lagi


4 wakil rakyat Dap Melaka keluar parti

Empat wakil rakyat DAP hari ini mengumumkan keluar parti. Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong. Mereka membuat pengumuman itu dalam sidang media di sini, hari ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mereka membuat keputusan itu selepas pertimbangan wajar dan tidak tergesa-gesa. “Selepas pertimbangan wajar, serius, dan penuh kesal, saya hilang kepercayaan dan amat kecewa dengan anda (Lim Guan Eng) dan kepimpinan pusat dalam menangani isu dalamanBaca Lagi


Pas kaji semula hubungan dengan PKR

Pas akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR pada muktamar tahunan parti itu yang dijangka berlangsung April ini di Kedah. Perkara itu disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memandangkan PKR dilihat mempunyai hubungan dengan dua parti yang memusuhi Pas iaitu DAP dan PAN. Abdul Hadi turut menzahirkan nada serupa terhadap hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meskipun Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan masa sebulan kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai pakatan pembangkang atau sebaliknya. “Tidak perlu tunggu sebulan,Baca Lagi


Strategi politik Hadi

PENULIS sudah sekian lama mengikuti perjalanan politik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa kali berkesempatan mewawancara termasuklah ketika beliau masih Timbalan Presiden ketika parti itu di bawah kepemimpinan Allahyarham Datuk Seri Fadzil Noor dan menjadi Menteri Besar Terengganu. Abdul Hadi dianggap antara pemimpin yang penuh de­ngan seni politik. Setiap apa yang beliau lakukan kadang kala tidak difahami oleh pemimpin dan ahli Pas sendiri. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sentiasa mempunyai jawapan terhadap tindakannya. Ini termasuklah apabila Pas menolak usaha pakatan pembangkang untuk membentang undi tidakBaca Lagi


PAN Sudah, PKR Sudah, Kini Giliran PPBM Manakala DAP Goyang Kaki

Umum mengetahui tentang bagaimana percubaan demi percubaan untuk menguasai PAS. Bermula dari “pembersihan etnik ulamak PAS”, penguasaan tangan ghaib ke atas PAS menampakkan perubahan yang mendadak apabila parti itu mula mengorbankan prinsip-prinsip perjuangannya, satu demi satu. Tersedar dari lamunan, PAS kembali menyusun strategi, dan kembali meletakkan ulamak PAS di syaf kepimpinan. Akibatnya, maka terhasil serpihan PAS, iaitu PAN. Sudah jelas, sasaran pengkaderan ahli PAN disasarkan kepada ahli-ahli PAS. Serangan kepada kepimpinan PAS oleh PAN dan DAP bertali arus, namun PAS berjaya mengekalkan status quo pasca Muktamar Kuala Selangor. PAN gagal.Baca Lagi


Tun M anggap penerima BR1M, nelayan pengemis

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berterusan memburuk-burukkan inisiatif kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bukan sekadar mendakwa bantuan tersebut sebagai rasuah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ketika berceramah di Kuala Kedah, dekat sini semalam turut menyifatkan penerima-penerima bantuan berkenaan umpama pengemis. Malah Dr. Mahathir juga mempertikaikan bantuan sara hidup untuk nelayan di negara ini yang didakwanya cuba dimanipulasi untuk meraih undi walaupun ia dilaksanakan bukan sekadar pada musim pilihan raya umum (PRU).Baca Lagi


Threesome