Menu Utama

February, 2017

 

Usah Meroyan, Suruhlah Anak-Anak Beli Proton…

Bagi mereka yang memahami hati orang tua-tua, maka mereka akan dapati hati mereka-mereka ini bagi mudah tersentuh. Begitu sensitif dan mudah tersinggung apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Apatah lagi dia dulu seorang yang jenis selalu dapat apa saja yang dia mahu, maka lebih sensitiflah jadinya. Mungkin kerana itu salah seorang warga paling emas di negara kita sedang meroyan-royan bagai budak kecil tak dapat susu. Hendak harapkan anak-anak hendak menjaga hatinya, masing-masing sibuk dengan karier dan kepentingan politik. Malah ada yang masih mengharap ‘aura’nya untuk naik… Kadang kala, ada di kalangan wargaBaca Lagi


Mengapa Mahfuz Menyepi, Kenapa Menghilang?

Sejak dua tiga hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena diam saja seribu bahasa. Sedangkan, dalam tempoh itulah dia dihentam teruk oleh pucuk pimpinan PAS dan PAS Kawasannya sendiri. Entah mengapa, dia hanya membisu seribu bahasa. Selalunya, dia lebih suka dihentam begitu. Lebih kuat dihentam, lebih kuat dia melawan. Apatah lagi selama ini dia begitu galak dan giat membidas kepimpinan PAS. Pantang ada isu, cepat saja dia menyindir pedas PAS… Namun hingga kini dia menyepi. Penulis tidak rindu padanya. Sama ada dia ada atau tidak, hari-hari penulis tetap sama tidak terganggu.Baca Lagi


Agih Kerusi: Berapa Kerusi ‘Cap Bunga’ Dapat?

Khabarnya hari ini berlangsung pertemuan pertama mesyuarat agihan kerusi di kalangan parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan dan parti ‘cap bunga’ sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. Tapi agak mengejutkan apabila diberitahu bahawa parti ‘cap bunga’ tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat ‘panas’ itu dengan alasan yang agak memalukan. Semua yang lain hadir termasuk PAN, tapi parti ‘cap bunga’ minta tempoh? Difahamkan bahawa Timbalan Presiden ‘cap bunga’ memaklumkan bahawa partinya belum mengenal pasti lagi kerusi mana yang mahu ditandingi. Lebih kurang begitulah yang dikatakan Saifuddin Nasution kepada mediaBaca Lagi


Deposit Haji Vs Kerinchi: Hasut, Percaya, Rugi, Terbiar Sendiri…

Masih ingat lagi pada mereka yang bertindak menutup akaun dan membatalkan pendaftaran menunaikan haji gara-gara termakan hasutan pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya Tabung Haji akan bankrap tahun lalu? Ketika itu, lebih 3,000 pemilik akaun telah menutup akaun masing-masing, manakala hampir 4,000 umat Islam yang bertindak membatalkan pendaftaran haji mereka. Menariknya, hingga kini Tabung Haji belum bankrap hingga kini, malah beroperasi seperti biasa saja… Apa akibatnya? Akibatnya ialah ribuan umat Islam yang termakan hasutan pemimpin politik itu terpaksa menunggu giliran selama lebih kurang 70 tahun untuk menunaikan haji. Itupun jika merekaBaca Lagi


Residensi Kerinchi: Siapa “Resident Evil” Yang Menghasut 35 Orang Penduduk?

Tersergam indah, sekaligus menghapuskan pemandangan “kurang selesa untuk dinikmati oleh mata” yang selama ini sering dilihat di Kampung Kerinchi. Tanyalah mereka yang membesar di situ, maka anda akan tahu keadaan ketika itu. Flat Empat Tingkat di Kampung Kerinchi menjadi saksi, sukar, amat sukar. Kini, transformasi yang dibawa menyaksikan flat empat tingkat itu berubah menjadi apartment moden di Residensi Kerinchi, satu lagi inisiatif dari kerajaan Barisan Nasional, yang sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Kisah Residensi Kerinchi tidaklah semudah yang dijangka kerana ia pernah menjadi perhatian seluruh negara, akibat dari permainan politikBaca Lagi


Kuota Haji Meningkat Bermakna Subsidi Juga Meningkat. Tak Bersyukur Lagi?

Pada 2013, kerajaan pernah dikecam hebat gara-gara kuota haji dikurangkan 20% untuk tahun 1434 Hijrah. Sungguh pun wujud pihak-pihak yang cuba memanipulasinya sebagai satu kegagalan kerajaan, ternyata pihak tersebut hanya mempamerkan kebodohan sendiri apabila pengurangan tersebut adalah atas arahan kerajaan Arab Saudi, berikutan perlaksanan projek mega di Masjidil Haram yang mengakibatkan ruang ibadah yang terhad. Perdana Menteri, DS Najib Razak sekali lagi membuktikan betapa hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi tidak pernah merugikan negara. Kunjungan Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz Al-Saud penjaga 2 masjid suci umat Islam ituBaca Lagi


Benarkah PAS Akan Buat U-Turn Di Saat Akhir?

Dalam banyak-banyak kenyataan dari Naib Presiden PKR, Tian Chua, hanya kali ini saja yang penulis rasa boleh diterima akal sedikit berbanding yang sebelum-sebelumnya yang selalu ‘ke laut’, melalut tidak ketahuan punca. Hari ini, Tian Chua membuat ramalan. Dia kata, PAS akan membuat ‘U-turn’ pada saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 untuk kembali ke riba DAP, PAN, PKR dan parti ‘cap bunga’, sekaligus menandakan kebersamaannya dengan Pakatan Harapan. Kata kawan baik Nurul Izzah itu, sengketa yang berlaku di antara PAS dan DAP yang terhidang di depan rakyat sekarang hanyalah semata-mataBaca Lagi


Dangkal Akal Bila Pelaburan Dianggap ‘Jual-Beli Negara’…

Sehingga kini, belum putus-putus lagi tohmahan puak parti baru ‘cap bunga’ yang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual negara kita kepada negara China ekoran pelaburan berbilion-bilion masuk dan bakal masuk ke Malaysia. Bagai tidak mengenal dosa pahala, tohmahan dan sebaran dakyah tersebut diteruskan dengan harapan agar rakyat di negara ini membenci Najib. Agaknya nanti mereka ‘kebal’ apabila berada di dalam kubur kelak? Sebenarnya sudah berbuih-buih mulut para pemimpin BN memperjelaskan tentang pelaburan dari China. Namun, bagaikan tidak pernah bersekolah, mereka melemparkan tuduhan seolah-olah tidak tahu tentangBaca Lagi


Adakah Mahathir lupa nasihat dia kepada saya – Rais Yatim

Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menasihatkan beliau supaya menjauhi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang apatah lagi bekerjasama dengan pemimpin DAP itu. Rais yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46 (S46), berkata Dr Mahathir meminta beliau tidak bekerjasama dengan Kit Siang pada 1993. Bagaimanapun katanya, kini bekas Perdana Menteri itu yang bekerjasama dengan Kit Siang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). “Pada 1993, S46 dan DAP adalah sekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tun Mahathir jumpa saya danBaca Lagi


RM 30 Billion Lesap Zaman Mahathir, RM 30 Billion Masuk Zaman Najib

KEGILAAN Mahathir menukar semua bentuk pelaburan di negara ini kepada hutang, mula memakan dirinya sendiri bila hari ini  (semalam) syarikat minyak Aramco milik Arab Saudi melabur sebanyak USD 7 Billion atau RM 31 billion dalam projek Rapid Petronas di Pengerang Johor. Masa dengan China, semua pelaburan pun jadi hutang, mentang-mentang China adalah negara Komunis – senang sajalah sentimen itu menangkap. Sekarang dengan Arab, takkan hutang jugak, Arab bukan negara komunis pun tapi negara kuasa besar dalam dunia Islam. Tak tidur malam Mahathir hari ini, memikir apa nak dicakap kepada orangBaca Lagi