Menu Utama

UM Heret Mahasiswa Dibiayai Pembangkang Ke Jawatankuasa Disiplin?

SEMUA pihak tahu bahawa mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti tunjuk perasaan dan perhimpunan haram jalanan Bersih kelolaan NGO pro pembangkang telah dipergunakan oleh Pakatan Harapan pimpinan DAP untuk meraih “political milage” tanpa memperdulikan nasib akademik para mahasiswa tersebut.

Seorang individu yang telah menjejakan kaki ke menara gading sepatutnya tahu membezakan diantara perkara yang salah dan benar. Mereka juga sepatutnya tahu ketika diri mereka sedang dipergunakan untuk kepentingan peribadi pihak pembangkang. Dan yang paling utama, mereka sepatutnya sedar akan tanggungjawab sebagai mahasiswa dan meletakan prioriti tersebut di tempat yang sepatutnya.

Atas kebodohan dan kebiadapan para Mahasiswa tersebut, mereka telah diheret oleh pihak Universiti Malaya (UM) ke jawatankuasa disiplin. Langkah tersebut dilihat amat tepat sekali bagi membuka mata mahasiswa yang dikatakan dikaburi oleh imbuhan tertentu sebagai ganjaran untuk menjadi “balaci” pembangkang.

Mereka dengan membabi buta telah mengangkat plakad ‘anti-1MDB’ dalam sesi perbincangan bersama Presiden1Malaysia Development Berhad(1MDB) Arul Kanda Kandasamy pada 11 Oktober 2016. Sepatutnya mereka menghadiri sesi penerangan tersebut dengan cara berhemah dan hikmah sesuai dengan status mereka sebagai seorang Mahasiswa.

Timbalan Presiden Umany Tan Jia You, Ketua Biro Publisiti Chua Hun Ti dan Setiausaha Agung Lau Li Yang dituduh tidak berdisiplin, mengganggu ketenteraman awam dan menghasut atau terlibat dalam boikot terhadap program rasmi universiti. Kecuali tuduhan mengganggu ketenteraman awam, bekas presiden Umany Ho Chi Yang juga berdepan tuduhan berdepan pertuduhan sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM200, digantung atau dibuang pengajian. Pendengaran kes itu ditetapkan pada Rabu, 18 Januari depan.

Tindakan pembangkang yang mengunakan hatta mahasiswa untuk mendoktrinkan bahawa wang 1MDB telah dicuri amat tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan kebenaran apabila 1MDB telah menjalani Audit Forensik disamping melalui siasatan PAC dan lain-lain lagi yang mendapati tidak berlaku sebarang salahlaku seperti dakwaan pihak pembangkang.

Malah 1MDB sendiri menafikan berlaku sebarang kehilangan wang dari syarikat mereka. Oleh itu, sememangnya agak ironi apabila pihak pembangkang yang beria-ia mengatakan wujudnya kehilangan wang sedangkan tidak ada sebarang bukti.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak, kita akan terus mendengar dendangan isu 1MDB walaupun ianya tidak pernah menjadi isu dalam erti kata yang sebenarnya. Pembangkang yang diketuai DAP tetap berharap agar mereka masih dapat memperbodohkan rakyat Malaysia dengan isu 1MDB rekaan mereka itu. Dengan kata lain, taraf pembangkang memang amat rendah dari segi moral dan integriti.






3 Komen to UM Heret Mahasiswa Dibiayai Pembangkang Ke Jawatankuasa Disiplin?

  1. Memang Baik says:

    Sekurang kurang nya itu yang status sebenar pembangkang di Malaysia yang memang rendah integrity dan rendah moral. Mereka begitu berlaku kerana mereka faham kehendak segelintir rakyat. Mereka faham rakyat dari satu golongan terlalu teruja dengan benda yang hebat2.

    Mereka suka dengar cerita bahawa ada duit dicuri dari satu syarikat. Duit sejumlah 2.6B itu yang bersamaan dua ribu enam ratus juta dijumpai dalam akaun seorang menteri disebuah bank tempatan.

    Walau pun jika diambil kita, orang buta, pekak, tolol, bahalul, hilang akan lagi gila pun tidak akan percaya duit yang dicuri telah disimpan dalam bank tempatan dalam akaun sendiri pulak . Tanpa selindung tanpa proxi. Kerana itu cerita hebat… mereka terlalu teruja dengan cerita hebat.

    Dan cerita itulah dikelek, dijual merata cerok. Cerita mereka laku, habis dijual. Mereka gembira… walau pun kegembiraan itu sebenarnya mencerminkan tetololan atau kebahololan serta kebodohan mereka sendiri…

    Tuiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhh. Ludah kekiri buang syaitan

  2. Perlis News says:

    […] via UM Heret Mahasiswa Dibiayai Pembangkang Ke Jawatankuasa Disiplin? — MYKMU.NET […]

  3. system baru says:

    Budak2 ini dibiayai dap seperti seperti budak univesiti dari parti lobour british biayai oleh AIPAC isreal untuk hacurkan lobour parti pro palestine,

    Aku ingat lagi macam mana dap cari budak u yg berkebolehan untuk masuk parti mereka akan bagi kerja dan duit untuk mereka hidup ,dap akan masuk dekat mana2 univesiti untuk pangaruhi meraka ini menyokong mereka , tak percaya siasat macam budak2 ini ada Wang jalankan propaganda dap di univesiti siapa yg ajar dap ITU kalau bukan isreal

    Orang masuk university untuk belajar bukan nak jadi ahli politik dap

Leave a Reply

Threesome